Michael Krohn-Dehli

Footballer

Michael Krohn-Dehli (lahir 6 Jun 1983) merupakan pemain bola sepak Denmark yang kini bermain untuk pasukan kebangsaan Denmark. Beliau selalunya bermain di posisi sayap kiri dan pemain tengah.

Michael Krohn-Dehli
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1983-06-06) 6 Jun 1983 (umur 40)
Tempat lahir Copenhagen, Denmark
Ketinggian 1.71 m (5 ka ​7 516 in)
Posisi permainan Sayap / Pemain tengah
Kerjaya remaja
Rosenhøj
0–2000 Hvidovre IF
2000–2002 Brøndby IF
2002–2004 AFC Ajax
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2006 RKC Waalwijk 48 (2)
2006–2008 Ajax 4 (0)
2006–2007Sparta Rotterdam (pinjaman) 12 (1)
2008–2012 Brøndby IF 122 (26)
2012–2015 Celta 101 (3)
2015–2018 Sevilla 42 (2)
2018–2019 Deportivo La Coruña 25 (0)
Pasukan kebangsaan
2000–2001 Denmark B19 5 (0)
2002–2004 Denmark B20 10 (4)
2004–2006 Denmark B21 8 (2)
2006–2018 Denmark 59 (6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17 Oktober 2018
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 1 Julai 2018 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Beliau dilahirkan di Copenhagen, beliau mula bermain bola sepak di Rosenhøj BK di Denmark selepas beliau telah bermain untuk kelab Denmark iaitu Hvidovre IF dan Brøndby IF. Pemain ini mula membuat debut untuk Ajax Amsterdam pada 17 September 2006 pada perlawanan liga menentang Roda JC, Ajax menang 2-0. Sebelum ke Ajax, beliau telah banyak menyertai kelab bola sepak di Denmark. Walau bagaimanapun pada tahun 2004, beliau dibenarkan untuk meninggalkan Ajax oleh pengurus Ronald Koeman dan beliau menyertai RKC Waalwijk dengan percuma. Beliau membuat debut untuk kelab itu pada 15 Ogos 2004 dan menjaringkan gol pada perlawanan itu untuk terikat seri menentang FC Groningen. Dua hari kemudian, beliau sertai semula Ajax secara percuma sehingga 2009. Selepas musim sejuk dengan membuat tiga penampilan untuk Ajax, beliau dipinjam ke kelab Sparta Rotterdam pada 31 Januari 2007 sehingga penghujung musim. Lima hari kemudian, beliau membuat debut untuk Sparta menentang Roda JC. Selepas cuti musim panas, beliau kembali ke Ajax untuk musim 2007-08.

Ajax mengumumkan pada 29 Ogos 2008 bahawa Krohn-Dehli akan berpindah semula kelab Denmark, Brøndby IF. Pada 21 Ogos 2012, Krohn-Dehli diumumkan akan menyertai kelab Celta Vigo selepas melengkapkan ujian kesihatan. Beliau antara bintang Celta Vigo dan membuat aksi terbaik pada musim 2014 menyebabkan beliau ditarik minat dari kelab Newcastle United F.C..

Kerjaya antarabangsa sunting

Krohn-Dehli membuat debut untuk pasukan kebangsaan Denmark pada kelayakan Euro 2008 menentang Liechtenstein pada 11 Oktober 2006. Krohn-Dehli menjaringkan gol tunggal perlawanan pada perlawanan pembukaan Euro 2012 menentang Belanda yang memberikan kemenangan pertama Denmark pada kejohanan itu. Selain itu, beliau menjaringkan gol sekali lagi buat Denmark pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Jerman, tewas 1-2.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 29 Mac 2011 Trnava, Slovakia   Slovakia 2–1 2–1 Persahabatan
2. 7 Oktober 2011 Nicosia, Cyprus   Cyprus 3–0 4–1 Kelayakan Euro 2012
3. 11 Oktober 2011 Copenhagen, Denmark   Portugal 1–0 2–1 Kelayakan Euro 2012
4. 11 November 2011 Copenhagen, Denmark   Sweden 2–0 2–0 Persahabatan
5. 9 Jun 2012 Kharkiv, Ukraine   Belanda 1–0 1–0 UEFA Euro 2012
6. 17 Jun 2012 Lviv, Ukraine   Jerman 1–1 1–2 UEFA Euro 2012

Pautan luar sunting