Michael Patrick King

Michael Patrick King (lahir 14 September 1954) merupakan pengarah, penulis dan penerbit untuk rancangan televisyen dan filem Amerika Syarikat.

Michael Patrick King
Kelahiran (1954-09-14) 14 September 1954 (umur 69)
PekerjaanPenerbit filem/televisyen, pengarah, penulis
Tahun aktif1989–kini

Biografi sunting

King dilahirkan dalam keluarga Ireland-Amerika di Scranton, Pennsylvania dan dibesarkan sebagai Katholik Roman.[1][2] Beliau memasuki Universiti Mercyhurst di Erie, Pennsylvania selama tiga tahun.[3]

Pada tahun 1975, King berhijrah ke New York, melakukan melakukan komedia dan menulis untuk pementasan. Beliau juga merupakan ahli The Broadway Local yang kebanyakannya membuat persembahan komedi di Manhattan Punch Line Theatre.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Los Angeles, dimana beliau menulis untuk siri TV Murphy Brown, dan dicalonkan dalam beberapa pencalonan Emmy.[4] Beliau turut menulis untuk rancangan HBO, The Comeback, selain Will & Grace, Good Advice dan Cybill. Selain itu, beliau turut dikenali menerusi siri HBO, Sex and the City, yang dicipta oleh Darren Star. King menulis untuk kesemua musim Sex and the City (kecuali Pilot, ditulis oleh Star, dan penghujung musim ke-5, dimana King menulis bersama Cindy Chupack).[5] Beliau mengarahkan adaptasi siri ini, Sex and the City, dan Sex and the City 2.

Beliau merupakan homoseksual.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Profile of Michael Patrick King". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-23. Dicapai pada 2017-05-22.
  2. ^ Rachel Abramowitz,"Michael Patrick King and Sex and the City 2", Los Angeles Times, May 2, 2010.
  3. ^ [1]
  4. ^ "Michael Patrick King", Sex and the City Cast & Crew, dicapai pada 2007-11-27
  5. ^ Sex and the City episodes
  6. ^ Poniewozik, James (March 7, 2005), "Queer Eye for Straight TV", Time Magazine, diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-27, dicapai pada 2007-11-27

Pautan luar sunting