Verónica Michelle Bachelet Jeria (Sebutan Sepanyol: [beˈɾonika miˈtʃel batʃeˈle ˈxeɾja]; lahir 29 September 1951) ialah seorang ahli politik yang berkhidmat sebagai Presiden Chile ke-33 dan 35 dari 2006 hingga 2010 dan 2014 hingga 2018. Beliau ialah wanita pertama memegang kedudukan ini dalam sejarah negara berkenaan.

Michelle Bachelet
Potret rasmi, 2014
Presiden Chile ke-33 dan ke-35
Dalam jawatan
11 Mac 2014 – 11 Mac 2018
Didahului olehSebastián Piñera
Digantikan olehSebastián Piñera
Dalam jawatan
11 Mac 2006 – 11 Mac 2010
Didahului olehRicardo Lagos
Digantikan olehSebastián Piñera
Pengarah Eksekutif Wanita PBB
Dalam jawatan
14 September 2010 – 15 Mac 2013
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehLakshmi Puri (pemangku)
Presiden pro tempore UNASUR
Dalam jawatan
23 Mei 2008 – 10 Ogos 2009
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehRafael Correa
Butiran peribadi
Lahir (1951-09-29) 29 September 1951 (umur 72)
Santiago, Chile
Parti politikSosialis
PasanganJorge Leopoldo Dávalos Cartes (berpisah)
Anak-anak3
Alma materUniversiti Chile
Tandatangan
Laman web rasmiTapak web rasmi

Beliau menewaskan ahli perniagaan dan bekas senator Sebastián Piñera pada pilihan raya 2006, namun ditewaskan pula pada pilihan raya 2010. Pada 15 Disember 2013, Bachelet memenangi pusingan kedua pilihan raya 2013 dengan 62% undi, dan menjadi presiden sekali lagi.[1] Beliau ialah orang pertama mendapat penggal kedua sebagai presiden sejak penggal ketiga Arturo Alessandri berakhir pada 1938.

Beliau mempunyai ijazah perubatan daripada Universiti Chile.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ AFP (17/12/2013). "Michelle Bachelet dipilih Presiden Chile". Utusan Online. Dicapai pada 18 Disember 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Los años de Alvear y Bachelet en el Liceo 1". La Tercera (dalam bahasa Sepanyol). 10 Oktober 2004. Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)

Pautan luar sunting

  Media berkenaan Michelle Bachelet di Wikimedia Commons

Jawatan politik
Didahului oleh
Ricardo Lagos
Presiden Chile
2006–2010
Diikuti oleh:
Sebastián Piñera