Mikoyan-Gurevich MiG-25

Mikoyan-Gurevich MiG-25 (Rusia: МиГ-25) (nama pengenalan NATO "Foxbat") merupakan sebuah pesawat pemintas/pengawasan/pengebom berkelajuan supersonik yang direka oleh Biro Rekabentuk Mikoyan-Gurevich dari Rusia. Prototaipnya telah diterbangkan pertama kali pada 1964, dan mula memasuki perkhidmatan pada 1970. Dengan kelajuan tertinggi Mach 3.2, radar berkuasa dan empat peluru berpandu udara ke udara, MiG-25 telah membimbangkan pemerhati Barat dan menyebabkan F-15 Eagle dibangunkan.

MiG-25
Peranan Pesawat pemintasInterceptor/pengawasan
Pengeluar Mikoyan-Gurevich OKB
Penerbangan sulung 6 Mac 1964
Diperkenalkan 1970
Status Perkhidmatan terhad
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Tentera Udara Algeria
Tentera Udara Syria
Tentera Udara Armenia
Jumlah dibina 1,190
Kelainan Mikoyan MiG-31

Keupayaan sebenar pesawat ini tidak didedahkan kepada Barat sehingga tahun 1976 apabila Viktor Belenko, seorang juruterbang MiG-25 Soviet, berpaling tadah ke Jepun. Analisis yang dilakukan mendedahkan rekabentuk yang ringkas tetapi berfungsi dengan elektronik tiub-vakum, dua enjin turbojet besar dan sedikit penggunaan bahan-bahan termaju seperti titanium. MiG-25 telah dikeluarkan sebanyak 1,190 buah,[1] dan ia digunakan oleh beberapa negara sekutu Soviet dan negara bekas republik Soviet. Ia masih digunakan dalam perkhidmatan terhad di Rusia dan beberapa negara-negara lain.

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

Pautan luar sunting