Milan Milutinović

Milan Milutinović (Serbia: Милан Милутиновић), (lahir pada 19 Disember 1942 di Belgrade - 2023), merupakan seorang bekas Presiden Serbia. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Perpustakaan Negara Serbia (1983 - 1988),[1] Duta di Kementerian Persekutuan Hal-Ehwal Luar Negara Yugoslavia ke Yunani, Menteri Persekutuan Hal-Ehwal Luar Negara (1995 - 1998), dan sebagai Presiden Serbia dari tahun 1998 hingga tahun 2002.

Milan Milutinović
Милан Милутиновић
Presiden Serbia
Dalam jawatan
29 Disember 1997 – 29 Disember 2002
Perdana MenteriMirko Marjanović
Milomir Minić
Zoran Đinđić
Didahului olehDragan Tomić (Sementara)
Digantikan olehNataša Mićić (Sementara)
Boris Tadić
Butiran peribadi
Lahir (1942-12-19) 19 Disember 1942 (umur 81)
Belgrade, Serbia (occupied Yugoslavia)
Parti politikParti Sosialis Serbia
PasanganOlga Milutinović

Selepas tempoh jawatan Presiden beliau tamat pada Disember 2002, beliau menyerah diri kepada Pengadilan Penjenayahan Antarabangsa bagi Bekas Yugoslavia di mana beliau didakwa atas penjenayahan peperangan. Beliau didapati tidak berdosa bagi semua dakwaan pada 26 Februari 2009.[2]

Menteri Luar sunting

Berikut selepas penggal enam tahun sebagai Duta Yugoslavia ke Greece (antara 1992 dan 1996, Milutinović merupakan satu-satunya Duta Yugoslavia ke negara Barat, kerana, akibat embargo UN yang dikenakan pada May 1992, duta baru tidak dapat dilantik, sedangkan Milutinović tidak pernah ditarik oleh Belgrade), Milutinović dilantik sebagai Menteri Luar Yugoslavia pada tahun 1995. Pada November 1995, dia merupakan salah seorang perunding utama semasa perundingan keamanan Bosnia di Dayton, Ohio dan salah seorang pelakar apa yang kemudiannya menjadi Persefahaman Perdamaian Dayton ("Dayton Peace Accords"), yang mendorong kepada berhentinya persengketaan di Bosnia-Herzegovina. Semasa penggalnya sebagai Menteri Luar, dia turut menandatangani beberapa perjanjian antara Yugoslavia dan jiran dan bekas musuhnya Croatia bertujuan bagi menormalkan hubungan antara kedua negara.

Pilihan raya sunting

Selepas Slobodan Milošević menjawat jawatan sebagai Presiden Serbia bagi penggal terakhir kedua sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan, dia dilantik sebagai presiden Yugoslavia yang menjadi kontrovesi. Milošević's Socialist Party of Serbia masih mahu mengekalkan jawatan presiden Serbia, dan calon pertama mereka dalam pilihan raya presiden Serbiapada 1997 adalah Zoran Lilić. The first two rounds of elections failed as the necessary majority (under the 1990 Constitution) of population failed to vote.

Gabungan parti Socialist Party of Serbia, Yugoslav Left dan New Democracy memutuskan bagi menukar calun mereka bagi pilihanraya ulangan, kerana pemimpin nationalist Serbian Radical Party Vojislav Šešelj memenangi plurality terhadap Lilić. Banyak parti pembangkang, dipimpin oleh Parti Demokrat (Serbia), memulau pilihanraya 1997 kerana mereka menjangkakan keputusan dimanipulasi.

Milutinović, ahli kepada parti Socialist Party of Serbia, merupakan pilihan parti selepas kegagalan Lilić. Dalam pilihanraya kedua, diadakan pada Disember 1997, dia memenangi 59.23% menurut kiraan rasmi, sementara 50.98% pengundi mengundi. Parti yang memulau pilihanraya, ter,asuk Vojislav Šešelj, yang mendapat 37.57%, masih menuduh manipulasi keputusan pilihanraya.

Sebagai Presiden sunting

Apabila Milošević menjadi Presiden Persekutuan Yugoslavia, kuasa politik beralih kepada peringkat persekutuan dengannya, dan Milutinović secara de facto menikmati sedikit pengaruh politik.

Namun Milutinović semasa itu merupakan pemimpin rombongan perundingan kerajaan Yugoslavia di Rambouillet pada tahun 1999, satu pendahuluan kepada kempen NATO menentang Yugoslavia. Beliau masih bertindak dengan arahan Milošević.

Selepas Milošević dan partinya digulingkan pada tahun 2000 dan kuasa politik mereka dipinggirkan pada peringkat persekutuan, republik, dan kebanyakan tempatan, Milutinović masih menjawat, kerana tempohnya belum tamat sampai tahun 2002. Kuasanya sebagai presiden diremehkan dari tahun 2000 hingga tahun 2002, kerana penggabungan politiknya tidak mendapat sokongan ramai dan beliau tidak dapat disokong oleh mana-mana cawangan kerajaan yang lain. Milutinović was out of the eye of public performing only the most basic constitutional obligations without any opposition to the Democratic Opposition of Serbia coalition.

Pada tahun 2002, apabila mandatnya tamat tempohnya, pilihanraya presiden yang tidak ditandingi oleh Milutinović dijalankan. Beliau diambil alih oleh presiden sementara Nataša Mićić.

Semasa peralihan kepada demokrasi pada akhir tahun 2000, Milutinović enggan menyokong suatu penumpasan yang ganas terhadap Demonstrasi Oktober di Belgrade. Hubungan yang lancar antara beliau dengan kerajaan baru, semasa menjawat, menyebabkan ketidakpuashatian orang sekutu Milošević yang paling rapat, walaupun tidak pernah berlaku perpecahan rasmi. Pada masa yang sama, Milutinović tidak menikmati sokongan daripada Pembangkang Demokratik Serbia, kerana beliau dianggap oleh kebanyakan ahli parti ini sebagai seorang sekutu Milošević yang rapat. Kempen politiknya dalam Pilihanraya Presiden 1997 “I Srbija i svet”--Kedua-dua Serbia dan "Dunia" (iaitu - luar negara) juga menunjukkan agenda pertengahan jalan dalam masa polarisasi tinggi dalam politik Serbia.

Pendakwaan ICTY sunting

Selepas tamat tempoh jawatan Presiden beliau, Milutinović menyerah diri kepada Pengadilan Penjenayahan Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) pada tahun 2003. Beliau dibicara atas dakwaan penjenayahan peperangan bersama dengan Nikola Šainović dan Dragoljub Ojdanić.

Milutinović didakwa atas empat tuduhan: pembuangan negeri, pembunuhan sebagai jenayah menentang kemanusiaan, pembunuhan sebagai penyalahan undang-undang atau adat peperangan, dan "kelakuan tidak berperikemanusiaan lain-lain" semasa Peperangan di Kosovo. Tuduhan ini termasuk tanggungjawab terhadap pembunuhan secara besar-besaran di Račak, Bela Crkva, Mala Kruša dan Velika Kruša, Đakovica, Padalište, Izbica, Dubadeva, Mbrca, Vucitrn, Meja, Dubrava, Suva Reka, dan Kačanik, semasa tahun 1999.

Menurut pendakwaan ini, Milutinović bertanggung jawab peribadi sebagai Presiden Serbia, dengan kuasa terhadap beberapa institusi kerajaan. Beliau pernah menjadi seorang ahli Majlis Pertahanan Tertinggi Yugoslavia, oleh itu membuat keputusan untuk Tentera Yugoslavia. Beliau juga berkuasa untuk membubarkan Parlimen Serbia. Menurut dakwaan ini, semasa zaman peperangan kuasa de jurenya dilanjutkan kepada kuasa yang sepatutnya dimiliki oleh Parlimen pada zaman keamanan, termasuk pengawalan pada polis, di bawah Tentera pada masa itu. Dakwaan ini ditentang hebat oleh pihak peguam belaan Milutinović dan sesetengah peguam perlembagaan,[3] disebabkan Perlembagaan 1990 ditulis dengan pandangan kemungkinan Serbia manjdai sebuah negeri yang berdaulat dan tunggal, atas peruntuhan Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia yang akan berlaku (akhirnya berlaku pada pertengahan tahun 1991). Dalam kenyataan, Serbia tidaklah berdaulat semasa itu, dan dibentuk sebagai sebahagian daripada Republik Persekutuan Yugoslavia di bawah Milošević, yang Presiden (Milošević) menjawat sebagai panglima tertinggi angkatan tentera. Tambahan pula, menurut pembelaan, Majlis Pertahanan Tertinggi tidak menggunakan kuasa terhadap tentera Yugoslavia, sama ada de jure ataupun de facto.

Penuduhan ICTY juga mendakwa bahawa Milutinović, sebagai Presiden Serbia, mempunyai pengaruh de facto terhadap Parlimen, Tentera, dan polis (Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri).

Pada 26 Februari 2009, Milutinović terlepas daripada dakwaan penjenayahan peperangan. Mahkamah memutuskan bahawa Milutinović "tidak mempunyai kawalan secara langsung terhadap tentera Yugoslavia". Hakim Iain Bonomy menyalahkan Slobodan Milošević untuk penjenayahan yang dituduhan ini, dan mengatakan bahawa Milutinović ketika itu "bukan seorang yang penting dalam parti politik pemerintah."[4]

Selepas pembebasannya Milutinović pulang menetap di Belgrade. [2]

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-03. Dicapai pada 2009-03-02.
  2. ^ Kosovo trial clears Serbia leader
  3. ^ *[1] dalam Bahasa Serbia
  4. ^ "Kosovo trial clears Serbia leader". BBC News. 26 February 2009. Dicapai pada 26 February 2009.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Dragan Tomić
Acting
President of Serbia
1997 – 2002
Diikuti oleh:
Nataša Mićić
Acting

Templat:SerbianPres