Minamisanriku, Miyagi

Minamisanriku (Jepun: 南三陸町, Hepburn: Minamisanriku-chō, "Tanah tiga selatan"), ialah sebuah pekan pelancongan di tepi pantai yang dikitari oleh pulau berhutan dan serokan bergunung-ganang[1] di Daerah Motoyoshi, Miyagi, Jepun. Bandar ini ditubuhkan secara pergabungan pada 1 Oktober 2005, apabila pekan-pekan Shizugawa dan Utatsu bergabung untuk membentuk pekan baru Minamisanriku.

Minamisanriku
南三陸町
Town
Lokasi Minamisanriku di Miyagi
Lokasi Minamisanriku di Miyagi
NegaraJepun
KawasanTōhoku
WilayahMiyagi
DaerahMotoyoshi
Keluasan
 • Jumlah163.74 km2 (63.22 batu persegi)
Penduduk
 (1 Oktober 2004)
 • Jumlah19,170
 • Kepadatan120/km2 (300/batu persegi)
Zon waktuUTC+9 (Waktu Piawai Jepun)
Laman sesawangBandar Minamisanriku

Minamisanriku teruk dibinasakan oleh bencana tsunami pada tahun 2011, apabila kebanyakan bangunannya dihanyutkan oleh ombak setinggi 16 meter (52 ka) ke atas, dan lebih separuh penduduk bandar hilang jejak dan hampir pasti terkorban.

Bencana 2011 sunting

95 peratus bandar ini dibinasakan oleh tsunami yang menyusuli gempa bumi raksasa pada 11 Mac 2011. Hanya bangunan tinggi-tinggi yang masih tinggal dan kira-kira 9,500 orang, iaitu lebih kurang separuh jumlah penduduk Minamisanriku, tidak dapat dikesan.[2][3][4][5] 9,700 orang lagi disahkan hidup dan sempat dipindahkan.[6]

Pekan ini ada dua pusat pemindahan yang boleh didatangi para penduduk sekiranya berlaku tsunami, iaitu satu di atas tanjung tinggi yang menghadap pekan, dan satu lagi di belakang pusat pekan. Sungguhpun kedua-duanya terletak 20 meter di atas paras laut, namun tsunami itu dapat menenggelami kedua-duanya dan menghanyutkan ramai mangsa.[7] Sekurang-kurangnya 31 daripada 80 tapak pemindahan yang ditetapkan telah ditenggelami oleh tsunami.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Inside Minamisanriku Channel 4 News, 13 Mac 2011
  2. ^ "9,500 still unaccounted in Minamisanriku of Japan's Miyagi Prefecture: Kyodo". Xinhua News Agency. Dicapai pada 2011-03-12.
  3. ^ Kyung Lah, CNN (12 Mac 2011). "Rescuers scramble to save lives as aftershocks jolt Japan". CNN.com. Dicapai pada 2011-03-12.
  4. ^ "9,500 People Reported Missing in Small Town Following Japan Quake". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-13. Dicapai pada 2012-02-06.
  5. ^ Horiuchi, Junko, (Kyodo News) "Evacuees persevere, eye future", Japan Times, 29 Mac 2011, p. 3.
  6. ^ [1] (Jepun)
  7. ^ Natures fury leaves a silt-covered graveyard The Age, 16 Mac 2011
  8. ^ Kyodo News, "hit more than 100 designated evacuation sites", Japan Times, 14 April 2011, p. 1.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Minamisanriku, Miyagi di Wikimedia Commons