Minggu cahaya ialah unit jarak. Ia ditakrifkan sebagai jarak yang direntasi cahaya dalam vakum pada satu minggu (tujuh hari dengan setiap hari 86,400 saat) atau 181,314,478,598,400 meter (~181 Tm).

Perhatikan bahawa nilai ini ialah nilai tepat, kerana meter ditakrifkan dalam kelajuan cahaya. Minggu cahaya arang digunakan kerana tidak banyak objek astronomi terdapat pada jarak magnitud ini; orbit objek Sistem Suria lebih sesuai diukur dalam hari cahaya atau jam cahaya, manakala jarak antara bintang lebih sesuai menggunakan tahun cahaya. Awan Oort, contohnya, difikirkan terbentang antara 41 dan 82 minggu cahaya dari Matahari.

Lihat juga sunting