Mo Tzu ialah seorang ahli falsafah cina yang hidup sekitar tahun 479-381 sebelum Masihi.[1] Nama keluarganya ialah Mo dan namanya ialah Di. Beberapa ilmuwan mengatakan bahawa Mo Tzu berasal dari Sung (sekarang disebelah utara Hunan dan Barat Shandong) dan beberapa ilmuwan lain mengatakan bahawa ia berasal dari Lu, daerah yang sama dengan Konfusius.[1] Sumber utama yang dapat digunakan untuk mengetahui pemikirannya ialah dari sebuah buku yang menggunakan namanya, Mo-tzu, yang berisi 53 bab yang merupakan kumpulan dari tulisannya.[1]

Mo Di
Kelahiranca. 470 SM
Meninggal duniaca. 391 SM
EraFalsafah Klasik
FalsafahFalsafah Cina
Sekolahpenemu Mohisme
Kepentingan utama
Falsafah Moral, Falsafah Sosial, Etika, Logik
Idea cemerlang
Mohisme
Mempengaruhi

Mo Tzu ialah pengasas sekolah Mohist.[2] Konteks sekolah ini bermuncul semasa dinasti Chou.[2] Setiap raja, puteri, dan putera mempunyai pasukan khusus.[2] Kehidupan sosial menjadi begitu mutlak dan jika berlaku perpindahan strata hanya dapat dilakukan oleh kumpulan ju.[2]

Pemikirannya dengan pemikiran Konfusius sama-sama berpengaruh.[2] Namun terdapat perbezaan yang membuat pemikiran mereka menjadi kontras, iaitu Konfusius merasa simpati dengan ritual-ritual, institusi tradisional,muzik, kesusasteraan yang berasal dari Dinasti Chou. Manakala Mo Tzu meragukan validiti hal-hal tersebut.[2] Konfusius ialah seorang ikhwan manakala Mo Tzu ialah seorang pendakwah militan.[2]

Referensi sunting

  1. ^ a b c Fung Yu-Lan.1976.
  2. ^ a b c d e f g Fraser, Chris.