Mohair merupakan fabrik seakan sutera yang diperbuat daripada bulu kambing Angora.[1][2] Mohair yang tahan lasak dan bingkas ini terkenal dengan banyak kilauan,[2] maka ia mendapat jolokan Diamond Fiber (gentian berlian),[3] bahkan sering digunakan dalam campuran gentian untuk menambah sifat-sifat tersebut ke dalam suatu tekstil. Mohair sangat cekap menerima bahan pencelup warna. Ianya hangat pada musim sejuk kerana mempunyai ciri-ciri penebat yang cekap, bahkan nyaman pada musim panas kerana ciri-ciri menyerap kelembapan (moisture wicking). Ianya tahan lasak, anjal semula jadi, kalis api, tahan ronyok, dan tidak mampat. Ia dikira sebagai gentian mewah seperti kasymir, angora dan sutera, dan oleh itu lazimnya lebih mahal daripada wul yang didatangkan daripada biri-biri.

Kambing Angora

Mohair rata-rata terdiri daripada keratin, iaitu sejenis protein yang terdapat dalam bulu, tanduk dan kulit semua mamalia. Biarpun berkerak seperti wul, tetapi keraknya tidak begitu kembang.[2] Oleh itu tidak mampat seperti wul.

Gentian mohair kira-kira 25–45 mikron diameternya.[4] Makin tua kambingnya maka makin besar diameternya. Mohair yang halus daripada anak kambing digunakan untuk kegunaan lebih halus seperti pakaian, sementara yang lebih tebal daripada kambing dewasa sering digunakan untuk membuat permaidani dan fabrik berat yang khusus untuk kegunaan luar.

Istilah mohair juga adakalanya memaksudkan sejenis bahan yang digunakan untuk membuat bumbung lipat kereta berhud. Dalam hal ini, mohair adalah sejenis kanvas seakan denim. Mohair jangan dipanggil bulu Angora, iaitu bulu daripada arnab Angora.

Rujukan sunting

  1. ^ "Mohaire". The Oxford English Dictionary.
  2. ^ a b c "Mohair". The Encyclopædia Britannica. 11th ed. 1911.
  3. ^ Pure American Naturals (2012-07-06). "Mohair - The Diamond Fiber". Pure American Naturals.
  4. ^ Beula Williams (2007-04-17). "Llama Fiber". International Llama Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-06. Dicapai pada 2015-01-16.