Mohamad Sheriff Bin Osman


Dato' Sir Haji Mohamad Sheriff bin Osman (5 Ogos 1890 - 27 September 1962) ialah Menteri Besar Kedah yang pertama.

Yang Amat Berhormat

Dato' Sir Mohamad Sheriff Bin Osman
Menteri Besar Kedah pertama
Dalam jawatan
1948 – 1954
Didahului olehtiada
Digantikan olehTunku Ismail Bin Tunku Yahaya
Butiran peribadi
Lahir(1890-08-05)5 Ogos 1890
Alor Setar, Kedah
Meninggal dunia27 September 1962(1962-09-27) (umur 72)
Alor Setar, Kedah
PasanganDatin Lady Dayangku Noraini binti Pengiran Musa Bolkiah

Dilahirkan di Seberang Sungai Raja, Alor Star, Sheriff mendapat pendidikannya sehingga darjah 7 di Penang Free School, sebuah sekolah bahasa Inggeris. Pada awal pembabitan beliau dalam pentadbiran, Sheriff pernah dilantik memegang jawatan-jawatan utama dalam Kerajaan Negeri Kedah, antaranya:

  • 1910-1912: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri II
  • 1912-1914: Pengarah Tanah dan Survei Negeri
  • 1915-1917: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri I
  • 1917-1932: Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Ketua Penterjemah/Jurubahasa di Pejabat Penasihat Inggeris Alor Setar
  • 1932-1948: Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Sheriff dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang pertama pada tahun 1948 hingga tahun 1954.

Memandangkan bahawa kelahiran Sheriff adalah daripada golongan orang kebanyakan di zaman pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang pada masa itu dikuasai oleh golongan-golongan Tunku, Syed, Wan, dan sebagainya, pencapaian Sheriff adalah amat cermelang. Sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan jasa baktinya sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah dikurniakan dengan beberapa anugerah, antaranya:

Dato' Haji Mohamad Sheriff kembali ke rahmatullah pada 27 September 1962 sewaktu berusia 72 tahun dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Akar Peluru ataupun nama kini Tanah Perkuburan Masjid Al-Ghufran.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
19481954
Penyandang Kemudian
tiada YTM Tunku Ismail Bin Tunku Yahaya