Mohamad bin Hasan

ahli politik Malaysia

YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (lahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan) juga dikenali sebagai Tok Mat ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia, Ahli Parlimen Rembau dan ADUN Rantau. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama tiga penggal (2004-2018). Di peringkat parti beliau ialah Timbalan Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Rembau[1].


Mohamad bin Haji Hassan

PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS)
محمد بن حسن
Menteri Luar Negeri Malaysia
Memegang jawatan
12 Disember 2023
Raja Johor Sultan Ibrahim
Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Mohamad Alamin
Didahului oleh Zambry Abdul Kadir
Menteri Pertahanan Malaysia
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 12 Disember 2023
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Adly Zahari
Didahului oleh Hishammuddin Hussein
Digantikan oleh Mohamed Khaled Nordin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Rembau, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Tuan Khairy Jamaluddin
Ketua Pembangkang
Dewan Undangan Negeri Sembilan
Memegang jawatan
2 Julai 2018
Didahului oleh Anthony Loke
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk N27 Rantau
Memegang jawatan
21 Mac 2004
Didahului olehAbd Ghani Hassan
Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional
Memegang jawatan
30 Jun 2018
Didahului oleh Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Presiden UMNO
(Menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO mulai 18 Disember 2018 - 29 Jun 2019)
Memegang jawatan
30 Jun 2018
Presiden Ahmad Zahid Hamidi
Didahului oleh Muhyiddin Yassin

Menjalankan tugas

Menteri Besar Negeri Sembilan ke-5
Dalam jawatan
25 Mac 2004 – 9 Mei 2018
Raja
Didahului oleh Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad
Digantikan oleh Aminuddin Harun
Butiran peribadi
Lahir (1956-05-02) 2 Mei 1956 (umur 67)
Rembau, Negeri Sembilan
Parti politik UMNO
PasanganRaja Datin Seri Utama Salbiah binti Tengku Nujumudin
PekerjaanAhli korporat, Ahli politik
KabinetKabinet Malaysia 2023

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, pada 2 Mei 1956.

Pendidikan sunting

Mohamad menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau, dan menyambungkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Selepas menyelesaikan pendidikan menengah, beliau terus ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban, dan kemudian melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1976.

Kerjaya awal sunting

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, termasuk Penolong Pengurus di Malayan Banking Berhad, dan Pengurus di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad. Mohamad kemudiannya berpindah kerjaya ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, dan pernah bertugas sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992). Selepas berkecimpung dalam dunia perbankan, beliau berpindah ke sektor korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994). Jawatan terakhirnya di sektor korporat ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).

Selain daripada itu, Mohamad juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, dan juga sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC).

Politik sunting

Menteri Besar sunting

Setelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Seri Utama Haji Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Beliau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

UMNO sunting

Mohamad telah berjaya memenangi kerusi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2018 dengan menewaskan Annuar Musa. Ia sekaligus menggantikan Hishammuddin Hussein yang menjalankan tugas tersebut selepas Ahmad Zahid Hamidi, dan penyandang asal, Muhyiddin Yassin yang dipecat dari UMNO pada 24 Jun 2016 lalu.[2]

Pada 18 Disember 2018, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO berikutan beliau ingin memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang masih dalam tempoh perbicaraan[3]

Beliau telah menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan telah berjaya membawa kemenangan kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada Dato' Ramli Mohd Nor dalam Pilihan raya kecil Cameron Highlands 2019.[4]

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Sembilan: N27 Rantau[5][6][7][8][9][10][11]
Tahun Penyandang Undi Peratus Penentang Undi Peratus Jumlah pengundi Majoriti Peratus unjuran
2004 Mohamad Hasan (UMNO) 8,031 79.30% Badrulhisham Shaharin (KeADILan) 1,832 18.09% 10,127 6,199 72.77%
2008 Mohamad Hasan (UMNO) 7,739 66.17% Aisah Lamsah (PKR) 3,956 33.83% 12,216 3,783 80.77%
2013 Mohamad Hasan (UMNO) 10,126 64.75% Aisah Lamsah (PKR) 5,513 35.25% 15,878 4,613 87.09%
2018 Mohamad Hasan (UMNO) 1 Kosong Kosong Menang tanpa bertanding Kosong Kosong Kosong Kosong Kosong
2019 Mohamad Hasan (UMNO) 10,379 63.18% Streram Sinnansamy (PKR) 5,887 35.84% 16,428 4,510 79.30%
Malar Rajaram (BEBAS) 83 0.50%
Mohd Nor Yassin (BEBAS) 79 0.48%

Nota: 1 Pada 16 September 2018, Mahkamah Pilihan Raya telah menjatuhkan keputusan bahawa kemenangan Mohamad Hasan (menang tanpa bertanding) pada PRU 14 tidak diiktiraf dan mengarahkan agar Pilihan raya kecil perlu diadakan semula.

Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Persekutuan Undi Peratus Penentang Undi Peratus Buang undi Majoriti Peratus unjuran
2022 P131 Rembau, Negeri Sembilan Mohamad Hasan (UMNO) 53,075 48.50% Julfitri Joha (PKR) 33,178 30.32% 109,436 19,897 81.94%
Mohd Nazree Mohd Yunus (BERSATU) 21,875 19.99%
Ramly Awalludin (PEJUANG) 529 0.48%
Tinagaram Subramaniam (PSM) 779 0.71%

Anugerah sunting

Anugerah di Malaysia sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.sinarharian.com.my/article/250458/berita/politik/setiausaha-umno-negeri-sembilan-tewas-di-seremban
  2. ^ Mohamad Hasan menang Timbalan Presiden UMNO
  3. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/21/mohamad-promises-credible-effective-opposition-from-umno/ Diarkibkan 2018-12-30 di Wayback Machine Dicapai pada 22 Disember 2018
  4. ^ PRK Cameron Highlands: Ramli cipta sejarah
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Angka peratusan berdasarkan based jumlah keluar undi.
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004.
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Piliha Raya Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.
  8. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  10. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah undi.
  11. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah undi.
  12. ^ a b c "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 27 February 2020.
  13. ^ "DSSA 1999". awards.selangor.gov.my.

Pautan luar sunting

Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
25 Mac 2004 – 9 Mei 2018
Penyandang Kemudian
Tan Sri Isa Abdul Samad Aminuddin Harun