Mohamadou Sumareh (lahir 20 September 1994) ialah seorang pemain bola sepak professional Malaysia kelahiran Gambia yang bermain untuk Johor Darul Takzim FC di Liga Super Malaysia[1].

Mohamadou Sumareh
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamadou Sumareh
Tarikh lahir (1994-09-20) 20 September 1994 (umur 29)
Tempat lahir Fajara, Gambia
Ketinggian 1.79 m (5 ka ​10 12 in)
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Takzim FC
Nombor 13
Kerjaya remaja
Steve Biko
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2015 PDRM 34 (5)
2016 Perlis 22 (5)
2017–2020 Pahang 62 (12)
2020–2021 Police Tero 4 (0)
2021– Johor Darul Ta'zim 5 (3)
Pasukan kebangsaan
2018– Malaysia 22 (6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21 Jun 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Jun 2021

Beliau merupakan pemain naturalisasi pertama yang berketurunan Afrika bermain dalam pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia sejak tahun 2018.[2]

Awal hidup sunting

Mohamadou lahir di Fajara, Gambia. Keluarganya berpindah ke Banjul tidak lama selepas dilahirkan.

Beliau mengikuti keluarganya ke Malaysia pada usia 12 tahun di mana ayahnya bekerja sebagai seorang peniaga, beliau banyak menyerap kebiasaan adat budaya Malaysia sepanjang 3 tahun bermukim di sana.[3] Beliau turut memasuki akademi Kuala Lumpur Youth Soccer pada ketika ini.[4]

Setelah menunjukkan bakatnya di akademi, Sumareh dipromosikan ke pasukan utama Steve Biko ketika beliau berusia 16 tahun pada akhir 2010.

Kerjaya kelab sunting

Polis Diraja Malaysia sunting

Sumareh kembali ke Malaysia pada tahun 2011 setelah menandatangani kontrak dengan kelab Liga Utama Malaysia PDRM dengan durasi kontrak selama dua tahun. Beliau melakukan debut pasukan utamanya pada 7 Januari 2013, dalam pertandingan melawan Betaria FC, dengan kemenangan 5-0 di Stadion Hang Jebat. Pada 2014, beliau berhasil membantu PDRM menjadi juara Liga Utama Malaysia 2014, sehingga dipromosikan ke Liga Super untuk musim depan. Sumareh menandatangani kontrak dengan Perlis FA dengan durasi kontrak satu tahun setelah berakhirnya kontrak dengan PDRM.[5]

Perlis FA sunting

Pada 2016, Sumareh menandatangani kontrak satu tahun dengan Perlis FA.[6] Beliau melakukan debut bersama Perlis pada 15 Februari 2016 melawan UiTM FC di Liga Utama Malaysia, dengan kekalahan 1-0 di kandang. Setelah membantu Perlis mencapai posisi keenam di Liga Utama, Sumareh pindah ke Pahang dengan status bebas transfer pada Disember 2016 setelah menandatangani kontrak berdurasi dua tahun dengan kelab Liga Super tersebut.

Pahang FA sunting

Beliau membuat debut pada 21 Januari 2017 dalam pertandingan tandang melawan Perak, yang berakhir seri dengan keputusan 1-1. Gol Liga Super pertamanya datang di Stadium Darul Makmur pada 27 Januari 2017, pada menit ke-14 dalam kemenangan 5-0 menghadapi T–Team.[7]

Kerjaya peringkat kebangsaan sunting

Sumareh mendapat kewarganegaraan Malaysia secara naturalisasi pada April 2018.[8] Beliau turut dipanggil untuk untuk mengikuti pemusatan latihan pasukan nasional Malaysia mulai 8 Oktober tahun mempersiapkan diri untuk dua pertandingan persahabatan internasional melawan Sri Lanka dan Kyrgyzstan.[9]

Tubin hari 12 Oktober, beliau muncul pertama kali dalam pasukan nasional berlawan Sri Lanka dalam sebuah pertandingan persahabatan; dalam pertandingan itu, beliau masuk sebagai pemain pengganti dan menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam kemenangan 4-1.[10] Beliau kemudian menjaringkan gol lagi dalam kemenangan 3-0 melawan Maladewa pada 4 November 2018.

Beliau terpilih dalam barisan 23 pemain kebangsaan Malaysia yang bermain di Piala Suzuki AFF 2018.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ "'Missing' Sumareh to resurface...in Thailand". New Strait Times. New Strait Times. Dicapai pada 2 September 2020.
  2. ^ Firdaus Hashim (13 Oktober 2018). "Sumareh proves he's a deadly tiger on Harimau Malaya debut". New Straits Times. Dicapai pada 15 Oktober 2015.
  3. ^ "Sumareh, ada yang tidak puas hati?". 4 October 2018. Dicapai pada 11 June 2020.
  4. ^ "Sumareh's gaffe throws eligibility into question". 4 October 2018. Dicapai pada 11 June 2020.
  5. ^ "Mohamadou Sumareh Taring Singa Utara". mstar. 29 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 2018-08-27.
  6. ^ "Mohamadou Sumareh Taring Singa Utara". mStar. 29 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-21. Dicapai pada 2018-08-27.
  7. ^ "Pahang vs. T–Team". Soccerway. 27 Januari 2017.
  8. ^ "Sumareh can join national team". New Straits Times.
  9. ^ "Senarai 24 Pemain ke kem latihan pusat Skuad Harimau Malaya bermula 8 October 2018". FAM.org. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
  10. ^ "Jaringan kilat Sumareh benam Sri Lanka". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-13. Dicapai pada 13 Oktober 2018.
  11. ^ "Malaysia release final 23-man squad for 2018 AFF Suzuki Cup". Fox Sports Malaysia. 4 November 2018. Dicapai pada 4 November 2018.

Pautan luar sunting