Mohamed Apandi Ali

ahli politik Malaysia

Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali (lahir 11 Februari 1950) ialah Peguam Negara Malaysia sejak 2015. Pada 26 Jan 2016, Apandi sambil memegang carta aliran semasa sidang media, mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib Razak yang juga perdana menteri ketika itu, berdasarkan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).[1]


Mohamed Apandi Ali

PMN, PSM; SPSK (Kelantan); SSAP, SIMP (Pahang); DGSM (Melaka); DPMK (Kelantan)
Peguam Negara Malaysia
Dalam jawatan
27 Jun 2015 – 4 Jun 2018
Didahului olehAbdul Gani Patail
Digantikan olehTommy Thomas
Butiran peribadi
Lahir (1950-02-11) 11 Februari 1950 (umur 74)
Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu
(kini Malaysia)
Parti politikUMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
PasanganPuan Sri Faridah Begum K.A. Abdul Kader
Anak-anak7
ProfesionPeguam

Beliau bercuti atas perintah Perdana Menteri Mahathir Mohamad sejak 15 Mei 2018 dan dihalang daripada meninggalkan Malaysia.[2] Pada 5 Jun 2018, Istana Negara membuat pengumuman dengan tarikh 4 Jun 2018 bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah diberikan untuk menamatkan perkhidmatan Apandi sebagai Peguam Negara, dan Tan Sri Tommy Thomas akan mengambil alih jawatan.

Peguam negara sunting

Apandi dilantik sebagai Peguam Negara Malaysia pada 27 Julai 2015 selepas perletakan jawatan Abdul Gani Patail.[3] Pengkritik mendakwa pelantikannya menggantikan Abdul Gani, yang tidak disambung perkhidmatan atas alasan kesihatan, dengan tujuan untuk menutup skandal 1MDB.

Kontroversi sunting

Skandal 1MDB sunting

Pada 26 Januari 2016, Apandi mengumumkan berita yang mengejutkan bahawa beliau telah membersihkan perdana menteri Najib Razak daripada sebarang kesalahan dalam kes 1MDB dan SRC International.[4]

Bekas Presiden MCA Ling Liong Sik membidas kenyataan Apandi yang mendakwa Najib telah mengembalikan RM2.03 bilion kepada penderma berkenaan.[5]

Semua oang terkejut.

Saya sedang makan malam dengan seorang bekas menteri, dia minta saya namakan orang yang diberi RM2.6 bilion dan memulangkan wang itu semula?

(Ini) tidak mungkin benar, siapa yang percaya? Jika awak pulangkan RM10 yang saya berikan itu adalah okay (tetapi bukan RM2.6 bilion).

Awak fikir rakyat bodoh.

— Ling Liong Sik[5]

Pada 16 April 2021, Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa integriti Apandi dipersoalkan selepas beliau melepaskan Najib daripada didakwa menyalahgunakan dana milik SRC International Sdn Bhd apabila bukti menunjukkan sebaliknya. Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc V Sithambaram berhujah bagaimana Apandi yang merupakan saksi ke-14 pembelaan (DW14) mengesahkan dua carta aliran yang dipegangnya semasa sidang akhbar untuk membebaskan Najib pada 26 Jan 2016 merupakan carta aliran sama yang dikemukakan sebagai bukti semasa perbicaraan. Sithambaram berkata carta aliran yang dipegang oleh Apandi dengan jelas menunjukkan dana daripada SRC International memasuki akaun Najib bukan daripada sumbangan derma Arab sebagaimana didakwa Najib sepanjang pembelaannya.[6]

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan berkata dua carta aliran kewangan yang didedahkan oleh Apandi, lima tahun lalu sudah membuktikan bahawa wang yang disalurkan ke akaun Najib, bukan derma dari Arab Saudi. Abdul Karim Abdul Jalil yang mempengerusikan panel tiga hakim itu, sebulat suara memutuskan bahawa carta aliran yang ditunjukkan oleh Apandi kepada media pada Jan 2016, menunjukkan bahawa dana syarikat SRC International yang sebenarnya mengalir ke dalam akaun Najib.[7]

Malah, DW14 (saksi pembelaan ke-14, Apandi) mengesahkan bahawa dua carta aliran yang dipegangnya semasa sidang akhbarnya pada 26 Jan 2016, untuk membebaskan perayu (Najib) adalah carta aliran yang sama yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sebagai bukti. (semasa perbicaraan rasuah RM42 juta SRC terhadap perayu).
Carta aliran tersebut jelas menunjukkan dana SRC masuk ke akaun bank perayu, dan ia bukan derma daripada Arab Saudi seperti yang didakwa perayu.[7]

Kes fitnah Lim Kit Siang sunting

Pada 5 Julai 2019, Apandi memfailkan saman sivil terhadap Lim Kit Siang atas dakwaan menulis artikel berunsur fitnah. Saman Apandi berhubung artikel bertajuk "Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity" yang diterbitkan Lim di blognya pada 2019. Beliau mendakwa artikel itu antara lain membayangkan dia terlibat dengan skandal 1MDB, seorang individu yang tiada integriti dan moral, tidak beretika, dan menyalahgunakan kuasa ketika menjadi peguam negara.[8]

Pada 23 Mei 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah Apandi terhadap Lim Kit Siang. Hakim Azimah Omar memutuskan bahawa Lim berjaya mewajarkan keistimewaan yang layak dimilikinya apabila membuat kenyataan itu kerana skandal 1MDB melibatkan jenayah, menyalahi undang-undang, kesan sosial, ekonomi kepada ekonomi negara serta moral pemimpin dan agensi tertinggi negara.[9][10]

Djoko Tjandra sunting

Pada tahun 2020, dakwaan kaitan Djoko Tjandra di Malaysia ditimbulkan oleh bekas peguam negara Indonesia, Muhammad Prasetyo, yang mendakwa Apandi, ketika menjadi peguam negara pada 2016, telah membuat permintaan peribadi kepadanya supaya mempertimbang untuk menggugurkan sabitan terhadap hartawan berusia 68 tahun itu dan membenarkannya pulang sebagai warga bebas.[11]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ AG: No charges against PM, SRC and RM2.6b cases closed
  2. ^ "Mahathir says he prevented Najib from leaving country". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2018-05-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 2018-05-12.
  3. ^ "Mohamed Apandi Ali replaces Gani Patail as Attorney-General". The Star. 2015-07-28.
  4. ^ Malaysian PM cleared of wrongdoing in $700 million scandal
  5. ^ a b Ling: Negara kembali aman, stabil jika Najib, Rosmah disingkir
  6. ^ Kenyataan akhbar Mohamed Apandi pada 2016 timbulkan keraguan ke atas integritinya
  7. ^ a b 'Carta aliran bekas AG buktikan wang di akaun Najib bukan derma Arab'
  8. ^ Apandi saman Kit Siang RM10 juta
  9. ^ Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang
  10. ^ Mohamed Apandi gagal saman fitnah RM10 juta Kit Siang
  11. ^ Bekas AG Indonesia dakwa Apandi cadang pembebasan pesalah rasuahnya