Mohammad Hardi Jaafar

Mohammad Hardi Jaafar merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini mewakili pasukan Selangor FA di Liga Super Malaysia dan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Mohammad Hardi Jaafar
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohammad Hardi Jaafar
Ketinggian 1.65 m (5 ka 5 in)
Posisi permainan Penyerang Tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
PERLIS FA
Nombor 16
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001-2002
2003
2004-2007
2007-2008
2009-2011
2012-
Telekom Melaka
Selangor FA
Telekom Melaka
Perak FA
Selangor FA
Felda United FC
00 (9)
00 (3)
00 (10)
00 (2)
4 (0)
Pasukan kebangsaan
2006
2008
2006–
Malaysia Malaysia B-23
Malaysia Malaysia XI
Malaysia Malaysia
3 (2)
5 (1)
29 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 Januari, 2009
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 Januari, 2009

Kerjaya sunting

Hardi Jaafar memulakan kerjaya bola sepak professional bersama Telekom Melaka selama dua musim. Hardi kemudian berhijrah ke Selangor FA namun hanya bertahan semusim sahaja. Akhirnya beliau kembali semula beraksi bersama Telekom Melaka pada musim 2004 sehingga musim 2007.

Kepulangan kembali Hardi ke skuad bersama Telekom Melaka merupakan langkah yang tepat apabila berjaya membawa bersama Telekom Melaka beraksi buat pertama kali di Liga Super. Hardi kemudiannya dilantik untuk menjadi ketua pasukan Telekom Melaka. Pencapaian terbaik beliau bersama Telekom Melaka ialah membawa Telekom Melaka ke separuh akhir Piala Malaysia pada tahun 2005. Status beliau dilonjak apabila dianggap antara salah seorang pemain tengah yang terbaik di Malaysia sehingga dipanggil untuk beraksi bersama Malaysia.

Hardi membuat aksi sulung bersama pasukan kebangsaan ketika bertemu New Zealand pada 19 Februari, 2006. Hardi seterusnya dipanggil untuk beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun Malaysia di Sukan Asia Doha pada tahun 2006. Pada kejohanan tersebut, Hardi menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang menjaringkan gol dan gol beliau ketika bertemu China merupakan antara gol tercantik perlawanan.

Bakat Hardi terus ditagih apabila dia terpilih untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007. Di kejohanan inilah Hardi berjaya menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk pasukan utama Malaysia ketika seri 1-1 menentang musuh tradisi Singapura. Hardi juga turut terpilih untuk mewakili Malaysia untuk Piala Asia 2007 dan bermain dalam semua perlawanan.

Pada tahun 2008, Hardi terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI menentang Chelsea F.C.. Pada perlawanan tersebut Chelsea F.C. berjaya mengatasi Malaysia XI 0-2.

Gol Antarabangsa sunting

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 23 Januari, 2007 Shah Alam, Malaysia   Singapura 1-1 Seri Separuh Akhir Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2007
2. 24 Mac, 2007 Colombo, Sri Lanka   Sri Lanka 1-4 Menang Persahabatan
3. 26 Mac, 2007 Colombo, Sri Lanka   Sri Lanka 2-1 Kalah Persahabatan
4. 29 November, 2008 Kelana Jaya, Malaysia   Singapura 2-2 Seri Persahabatan

Pautan Luar sunting