Mohammad Hasyim Ashari

Mohammad Hasyim Ashari atau Kyai Haji Mohammad Hasyim Ashari (Asy'arie juga sering dieja sebagai Asy'ari atau Asy'arie) (10 April 1875 - 25 Julai 1947 merupakan pengasas Nahdlatul Ulama, organisasi massa Islam yang terbesar di Indonesia.

Hasyim Asy'arie

Keluarga sunting

Dilahirkan di Jombang, KH Hasyim Asyari adalah anak lelaki ketiga antara 11 orang adik-beradik. Ayahnya yang bernama Kyai Asyari, merupakan pemimpin Sekolah Agama Berasrama Keras yang terletak di sebelah selatan Jombang, manakala ibunya bernama Halimah. Beliau merupakan keturunan kelapan sebelah ibu kepada Joko Tingkir (Sultan Pajang).

Yang berikut ialah salasilah lengkapnya:

  1. Ainul Yaqin (Sunan Giri)
  2. Abdurrohman (Jaka Tingkir)
  3. Abdul Halim (Pangeran Benawa)
  4. Abdurrohman (Pangeran Samhud Bagda)
  5. Abdul Halim
  6. Abdul Wahid
  7. Abu Sarwan
  8. KH. Asy'ari (Jombang)
  9. KH. Hasyim Asy'ari (Jombang).

Pendidikan sunting

KH Hasyim Asyari belajar dasar-dasar agama daripada ayah serta datuknya, Kyai Utsman, yang juga pemimpin Sekolah Agama Berasrama Nggedang di Jombang. Sejak usia 15 tahun, beliau berkelana menimba ilmu di berbagai-bagai sekolah agama berasrama, antaranya Sekolah Agama Berasrama Wonokoyo di Probolinggo, Sekolah Agama Berasrama Langitan di Tuban, Sekolah Agama Berasrama Trenggilis di Semarang, Sekolah Agama Berasrama Kademangan di Bangkalan, dan Sekolah Agama BerasramaSiwalan di Sidoarjo.

Pada tahun 1892, KH Hasyim Asyari pergi menimba ilmu ke Mekah, dan belajar di bawah Syeh Ahmad Khatib dan Syekh Mahfudh at-Tarmisi.

Perjuangan sunting

Pada tahun 1899, sepulangnya dari Mekah, KH Hasyim Asyari mengasaskan Sekolah Agama Berasrama Tebu Ireng, yang kemudian menjadi sekolah agama berasrama yang terbesar dan terpenting di Jawa pada abad ke-20.

Pada tahun 1926, Hasyim Asyari menjadi salah satu pengasas Nadhlatul Ulama (NU), yang bertujuan untuk membangkit kaum ulama.

Hasyim Asyari meninggal dunia pada tahun 1947 dan dikebumikan di Tebu Ireng, Jombang.

Lihat juga sunting