Mohd Anuar Mohd Tahir

YB Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir adalah bekas Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh yang sinonim[nyatakan menurut siapa?] dengan kepemimpinan badan-badan dakwah Islam dan politik. Justeru saudara Anuar Tahir mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang kaya dalam bidang organisasi.[perlu rujukan] Beliau pernah menyandang jawatan-jawatan penting dalam ABIM dan pertubuhan-pertubuhan pelajar dan belia Islam seperti IIFSO[perlu rujukan] yang berpengkalan di Kuwait, WAMY yang beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi. Sebagai seorang pemimpin tertinggi ABIM, saudara Anuar juga terlibat dalam kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM).

YB Datuk Wira Haji

Mohd Anuar Mohd Tahir

DCSM (Melaka)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Temerloh, Pahang
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Nasrudin Hassan
Digantikan olehSalamiah Mohd Nor
Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Menteri Baru Bian
Didahului oleh Rosnah Rashid Shirlin
Digantikan olehYang Berhormat Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
Dalam jawatan
2015–2019
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehDatuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli
Butiran peribadi
Parti politik Parti Amanah Negara (2015–kini)
Parti Islam Se-Malaysia (2003–2015)
Parti Keadilan Nasional (1999–2003)
(UMNO) (–1998)
PasanganDatin Wira Hajah Azizah Che Mat[1]
PekerjaanAhli politik

Sejarah sunting

Beliau adalah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Sebelum daripada itu beliau adalah bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional (keADILan) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) . Beliau bertanding atas tiket parti Parti Islam Se-Malaysia (PAS) setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, jawatan Timbalan Presiden UMNO dan dipecat dari ahli UMNO.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kawasan Bintong di atas tiket PAS namun tewas kepada Md Isa Sabu (BN- UMNO).

Jawatan terakhir beliau di dalam PAS adalah sebagai Pengerusi Lajnah Buruh & Setinggan. Mohd Anuar Tahir aktif dalam bidang dakwah, sosial dan kemanusiaan.

Pada 18hb April 2009, Mohd Anuar Tahir telah dipilih menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Perlis dalam pertandingan mesra tiga penjuru.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH).[2] Beliau mendakwa bahawa Parti Amanah Negara memiliki 60,000 pnedaftar ahli dalam tempoh hanya dua bulan selepas dilancarkan pada tahun 2015.[3]

Semasa kerajaan PH, beliau dilantik memegang portfolio Timbalan Menteri Kerja Raya (2018-2020).

Politik sunting

Mohd Anuar Tahir telah membuat keputusan luar biasa. Beliau bermula dengan UMNO, Parti Keadilan Nasional (KeADILan), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH). Lebih menarik, saudara Anuar membidani kelahiran KEADILAN dan AMANAH apabila menjadi antara pengasas dan Setiausaha Agung pertama bagi kedua-dua parti tersebut"

Isu semasa sunting

Majikan larang pekerja bersolat sunting

Pada 23 Mei 2009, Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Anuar Tahir kesal tindakan majikan melarang pekerja solat Jumaat.Syarikat MP E-Worldwide Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan berbunyi, "NOT APPROVED - PRAYER FOR MUSLIM STAFF DURING OFFICE HOUR" (Tidak Diluluskan - Waktu Solat Bagi Pekerja Muslim Semasa Waktu Bekerja).Alasan yang diberikan ialah kesukaran untuk memantau pekerja Muslim yang berhenti untuk solat waktu tengahari dan petang. Syarikat MLM ini adalah syarikat dari Korea Selatan yang mempunyai cawangan di Kangar, Perlis.[4]

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Senarai Timbalan Menteri dan pasangan
  2. ^ Amanah doakan kesejahteraan PAS - Anuar Tahir [TONTON VIDEO]
  3. ^ "Amanah Claims 60,000 Members, 40pc Are Young Recruits". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-31. Dicapai pada 2017-12-31.
  4. ^ PAS kesal majikan larang pekerja bersolat
  5. ^ 165 terima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka

Pautan luar sunting