Mohd Fasiah Mohd Fakeh

YB Dato' Haji Mohd Fasiah Haji Mohd Fakeh merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Sabak Bernam, Selangor sejak 2013[1] ketika masih bersama dalam parti gabungan Barisan Nasional, iaitu UMNO. Bagaimanapun, pada 2019, beliau telah keluar meninggalkan parti UMNO untuk menyertai BERSATU, sebuah parti komponen dalam Perikatan Nasional.

Yang Berhormat Dato' Haji

Mohd Fasiah Haji Mohd Fakeh

DIMP (Pah); KMN
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sabak Bernam, Selangor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Digantikan olehKalam Salan
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Abd Rahman Bakri
Pengerusi
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Dalam jawatan
4 Mei 2020 – 10 Oktober 2022
Didahului olehHaji Ishak Ismail
Digantikan olehAminuddin Zulkipli
Butiran peribadi
Lahir (1956-04-16) 16 April 1956 (umur 68)
Sabak Bernam, Selangor
Parti politik UMNO (2013-2019)
BERSATU (2019-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (2013-2019)
PH (2019-2020)
PN (2020-kini)
PasanganDatin Hajah Mahayani Abd Ghani
Anak-anak4
PekerjaanAhli politik

Politik sunting

UMNO sunting

Beliau telah menjadi Ahli Parlimen buat kali pertama pada tahun 2013 ketika berada di dalam UMNO. Setelah memenangi kerusi tersebut, beliau meneruskan tugas selaku wakil rakyat yang telah dipilih dan telah mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua di Parlimen Malaysia pada 16 Julai 2018[2] lalu. Namun, beliau telah bersama-sama dengan 5 orang Ahli Parlimen dari UMNO telah mengumumkan untuk keluar dari parti tersebut dan menjadi wakil rakyat yang bebas.[3]

BERSATU sunting

Selepas menjadi Ahli Parlimen bebas, beliau telah memohon untuk menyertai BERSATU. Pada 12 Februari 2019, keenam-enam bekas ahli UMNO yang memohon keahlian parti BERSATU telah diterima masuk dan telah diberikan kad keahlian oleh Pengerusi, Tun Dr. Mahathir Mohamad disaksikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[4]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[5]
Tahun Parlimen Kerajaan Undian % Lawan Undian % Jumlah Mengundi Majoriti Keluar Mengundi
2013 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) 16,387 Dr Abdul Aziz Bari 14,743 31,697 37,318
2018 Sabak Bernam Mohd Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) 12,862 Datuk Warno Dogol (PKR) 11,188 40,863 33,915
Muhammad Labib Abd. Jalil (PAS) 9,300

Anugerah sunting

Pautan luar sunting

Mohd Fasiah Mohd Fakeh di Facebook

Rujukan sunting

  1. ^ Maklumat Calon dan Kawasan Pilihan Raya P92 SABAK BERNAM Selangor
  2. ^ Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat 2018
  3. ^ "Annuar sahkan 6 ahli Parlimen keluar UMNO". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-16. Dicapai pada 2019-08-16.
  4. ^ Enam bekas Ahli Parlimen Umno sertai Bersatu
  5. ^ Maklumat PRU14 P92 SABAK BERNAM Selangor