YB Senator Datuk Wira[2] Dr. Mohd Hatta Md. Ramli adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Amanah Negara. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ahli Parlimen Lumut, Perak dan pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan (2008-2018). Beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya AMANAH Nasional. Beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 16 Mei 2015 membentuk komposisi baharu di dalam Parlimen melalui Pakatan Harapan selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) keluar dari Pakatan Rakyat dan membentuk kumpulan pembangkang yang ketiga, Gagasan Sejahtera.

Yang Berhormat Senator Datuk Wira Dr.

Mohd Hatta Md Ramli

DCSM (Melaka)
Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-15
Dalam jawatan
20 Mac 2023 – 19 Mac 2026
PenggalPertama
Naib Presiden AMANAH (Lantikan)
Memegang jawatan
2023
Berkhidmat dengan Dzulkefly Ahmad, Siti Mariah Mahmud, Adly Zahari dan Mahfuz Omar
PresidenMohamad Sabu
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P74 Lumut, Perak
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Mohamad Imran Abd Hamid
Digantikan oleh Nordin Ahmad Ismail
Majoriti400
Setiausaha Agung AMANAH
Dalam jawatan
11 Disember 2019 – 11 Disember 2023
Didahului olehMohd Anuar Mohd Tahir
Digantikan olehMuhammad Faiz Fadzil
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Menteri Mohd Redzuan Md Yusof
Didahului oleh Saifuddin Abdullah
Digantikan olehMas Ermieyati Samsudin
Butiran peribadi
Lahir (1956-09-11) 11 September 1956 (umur 67)
Perak Sitiawan, Perak
Parti politik PH-AMANAH
PasanganDatin Wira Dr. Kalsom Maskon[1]
Anak-anak7 orang
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
Singapura Universiti Nasional Singapura
PekerjaanAhli Politik
ProfesionDoktor Perubatan
AnugerahSenarai
Laman web rasmiLaman Blogspot Dr. Hatta

Pendidikan sunting

Menerima pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian belajar jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor. Seterusnya menyambung pengajian Sarjana Kesihatan di Universiti Nasional Singapura.

Keluarga sunting

Beliau dilahirkan pada 11 September 1956 di Sitiawan, negeri Perak. Beliau adalah anak ke-7 dari 8 orang adik-beradik. Ibunya Arga’ayah Mat Rawi.

Beliau berkahwin dengan Dr Kalsom Maskon dan dikurniakan dengan 7 orang anak.

Kerjaya dan politik sunting

Pada peringkat awal beliau menjadi Pegawai Perubatan Hospital Besar Kuala Lumpur. Kemudian bertugas sebagai Pegawai kesihatan di Hospital Muar, Johor. Seterusnya sebagai Pegawai Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan UKM.
  • Presiden Persatuan Perubatan Islam 1996-1998
  • Setiausaha Persatuan Doktor Pakar Kesihatan Awam 1996-1998
  • Naib Pengerusi PIBG MCKK 1994-1996
  • Pengerusi PIBG Sek Tun Fatimah 2000-2002
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 1991
  • Bantuan kemanusiaan ke Afghanistan 2001
  • Bantuan kemanusiaan ke Iraq 2003
  • Bantuan kemanusiaan ke Aceh 2005
  • Bantuan kemanusiaan ke Pakistan 2005
  • Pemantau Pilihan Raya Timor Timur
  • Pemantau Pilihan Raya Indonesia 1998, 2004
  • Misi pemantau ke Selatan Filipina
  • Pasukan Perubatan Haji 1989, 1990, 1992
  • Pakar Rujuk UNICEF ke Korea Utara, 1993
  • Persidangan Hepatitis B, Cameroon, Afrika Barat, 1991
  • Persidangan Hepatitis B, Geneva Switzerland, 1989
  • Setiausaha Politik mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Doktor Peribadi mantan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor
  • Exco Pemuda PAS Pusat
  • Ketua Pemuda PAS Selangor
  • Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor
  • YDP PAS Gombak
  • AJK PAS Pusat
  • Bendahari PAS Pusat, YDP PAS Gombak[3]
  • Bersama-sama dengan Mohamad Sabu dan bekas ahli-ahli PAS yang lain membentuk Parti Amanah Negara
  • Menjadi Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara

Keputusan Pilihan Raya sunting

Parlimen sunting

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Lumut Mohd Hatta Ramli PH (AMANAH) 20,358 Nordin Ahmad Ismail PN (BERSATU) 25,212 363
Zambry Abdul Kadir BN (UMNO) 24,849
Mazlan Abd Ghani GTA (PEJUANG) 385
Isnin WARISAN 358
2018 Mohd Hatta Ramli PH (AMANAH) 21,955 Zambry Abdul Kadir BN (UMNO) 21,555 400
Zamri Ibrahim PAS 10,135
2013 Kuala Krai Mohd Hatta Ramli PAS 27,919 Tuan Aziz Tuan Mat BN (UMNO) 25,876 2,043
2008 Mohd Hatta Ramli PAS 23,562 Che Musa BN (UMNO) 18,578 4,984
2004 Gombak Mohd Hatta Ramli PAS 26,663 Rahman Ismail BN (UMNO) 39,870 13,207
1999 Mohd Hatta Ramli PAS 27,310 Zaleha Ismail BN (UMNO) 28,113 803

Dewan Negeri Selangor sunting

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2004 Taman Templer Mohd Hatta Ramli PAS 8,911 Ahmad Bhari Abdul Rahman BN (UMNO) 16,536 7,625

Isu-isu sunting

  • Pada 26 Januari 2008, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Dr Hatta Ramli dan lain-lain dari menyertai perhimpunan NGO Protes di KLCC.
  • Dr Hatta Ramli pernah mencadangkan agar tanaman tembakau yang banyak diusahakan oleh penduduk di Kelantan perlu ditukar dengan tanaman alternatif lain yang lebih menguntungkan. Ini kerana menghisap rokok telah difatwakan sebagai haram di Malaysia kerana boleh menjejaskan kesihatan jantung para perokok aktif dan perokok pasif.

Anugerah sunting

Pautan luar sunting

Mohd Hatta Ramli di Facebook

Rujukan sunting

Pautan luar sunting