Mohd Irfan Fazail

Pemain bola sepak Malaysia

Mohd Irfan Fazail (lahir 12 April 1991 di Pontian, Johor) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain dengan Sabah di Liga Super Malaysia.

Irfan Fazail
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamad Irfan bin Fazail
Tarikh lahir (1991-04-12) 12 April 1991 (umur 32)
Tempat lahir Pontian, Johor Darul Takzim, Malaysia
Ketinggian 1.70 m (5 ka ​6 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sabah
Nombor 91
Kerjaya remaja
2004-2008 Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2010 Harimau Muda ? (4)
2011–2012 Harimau Muda A 37 (4)
2011FC ViOn Zlaté Moravce (pinjaman) 2 (0)
2014–2022 Johor Darul Ta'zim 3 (0)
2015–2021 Johor Darul Ta'zim II 42 (6)
2022Sabah (pinjaman) 14 (1)
2023– Sabah 4 (0)
Pasukan kebangsaan
2010–2014 Malaysia B-23 46 (5)
2016 Malaysia 4 (0)
Pengalaman
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 March 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 November 2016

Karier

Irfan Fazail dilahirkan di Pontian, Johor. Irfan dibesarkan di Johor Bahru dan mula bermain bola sepak untuk pasukan tempatan. Kemudian Irfan meninggalkan Johor dan memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil dan kemudian menyertai Pasukan Bola Sepak SSBJ dan mengambil bahagian dalam Piala Presiden Malaysia semasa bersekolah disitu.

Harimau Muda

Selepas tamat sekolah, Irfan menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2009. Harimau Muda menjadi satu pasukan yang kuat dan pada tahun 2009 mereka menjuarai Liga Perdana dibawah kendalian Dato' Ong Kim Swee.

Harimau Muda A

Kemudian, Harimau Muda telah dipecahkan kepada dua pasukan dan Irfan terpilih dalam pasukan A. Irfan dan 25 pemain yang lain telah dipilih oleh jurulatih Azraai Khor untuk menyertai latihan selama lapan bulan di Zlaté Moravce, Slovakia.

FC ViOn Zlaté Moravce

Pada September 2011, Irfan bersama Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal telah dipilih untuk beraksi bersama kelab FC ViOn Zlaté Moravce di Slovakia secara pinjaman selama 3 bulan.[1][2] Irfan membuat penampilan sulung bersama kelab dengan kemenangan 3-0 menentang FK AS Trenčín, masuk dari bangku simpanan menggantikan Martin Hruška.[3] Irfan kemudian kembali ke pasukan Harimau Muda A untuk pasukan kebangsaan yang akan beraksi di Sukan SEA 2011. Irfan berjaya membuat 2 kemunculan bersama FC ViOn Zlaté Moravce

Harimau Muda

Pada musim 2012, Pasukan Harimau Muda telah beraksi dalam liga S. League, Singapura dan menggunakan Stadium Yishun sebagai gelanggang sendiri. Harimau Muda menghuni tangga ke-4 selepas tamat saingan Liga.

Pada musim 2013, Pasukan Harimau Muda telah menjalani latihan di Slovakia dan telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan disana.

Johor Darul Takzim FC

Untuk musim 2014, Irfan telah dilamar untuk bermain dengan pasukan selatan tanahair iaitu Johor Darul Takzim FC, bersama-sama Fadhli Shas. Irfan telah diberi jersi bernombor 23. [4] Irfan sempat beraksi 3 perlawanan dalam saingan Liga Super sebelum kecederaan membataskan aksinya.

Dia kemudian diserapkan ke pasukan feeder Johor Darul Takzim II dari 2015-2021 dan bermain sebanyak 42 perlawanan Liga Premier dan menjaringkan 6 gol.

Sabah

Irfan berpindah ke Sabah secara pinjaman pada musim 2022. Dia bermain 14 perlawanan Liga Super dan menjaringkan 1 gol di Liga Super. Musim berikutnya, dia berpindah secara kekal di Sabah.

Karier Bersama Pasukan Kebangsaan

Irfan mewakili pasukan Malaysia B-17 dalam Kejohanan Remaja B-17 AFF 2007. Irfan muncul dalam 4 perlawanan dan menjaringkan 5 gol, termasuk satu hatrik ketika menewaskan 7-0 ke atas Brunei. Dia turut mewakili negara di Sukan SEA 2011 di mana skuad bawah 23 tahun Malaysia muncul sebagai pemenang pingat emas. Pada 2016, Irfan terpilih mewakili pasukan senior kebangsaan. Dia beraksi dalam 3 perlawanan persahabatan antarabangsa dan bermain sekali dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2016.

Rujukan

Pautan luar