Mohd Puad Zarkashi

Yang Berhormat Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi ialah seorang ahli politik Malaysia yang kini menjadi Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Johor. Beliau telah dilantik ke jawatan itu pada 21 April 2022 selepas berlangsungnya pilihan raya negeri Johor pada tahun itu. Beliau juga turut terpilih sebagai ADUN Rengit dalam pilihan raya tersebut. Beliau pernah menjadi ahli parlimen Batu Pahat, Johor mewakili UMNO. Beliau merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dilantik dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor. Beliau antara orang yang lantang suaranya apabila ada pemimpin mana-mana parti melakukan kesalahan termasuk pemimpin partinya sendiri.

Yang Berhormat Datuk Dr

Mohd Puad Zarkashi

PJN, DSAP (Pahang); PhD
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Johor ke-15
Memegang jawatan
21 April 2022
TimbalanSamsolbari Jamali
Didahului oleh Suhaizan Kaiat
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Rengit
Memegang jawatan
21 April 2022
Didahului oleh Ayub Jamil
Ketua Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA)
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Dalam jawatan
Mac 2015 – April 2018
Didahului olehFuad Hassan
Timbalan Menteri Pelajaran II
Dalam jawatan
9 April 2009 – 14 Ogos 2013
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Muhyiddin Yassin
Didahului oleh Wee Ka Siong
Digantikan oleh P. Kamalanathan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P150 Batu Pahat, Johor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Junaidy Abdul Wahab
Digantikan oleh Mohd Idris bin Jusi
Majoriti12,704
Butiran peribadi
LahirMohd Puad bin Zarkashi
(1957-07-07) 7 Julai 1957 (umur 66)
Parti politik
PasanganDatin Rubiah Leman
PekerjaanAhli Parlimen

Kerjaya sunting

Pernah menjadi pensyarah Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia .

Politik sunting

Parti politik pertama yang disertai oleh Dr. Puad Zarkashi ialah PAS sebelum menyertai UMNO. [perlu rujukan] Mulai 1997, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerja UMNO Negeri Johor dan Setiausaha Politik Menteri Besar Johor,Dato Abdul Ghani Othman . kemudian beliau berjaya jadi Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat mengalahkan Datuk Zainal Abidin Zin. Beliau juga pernah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara pada 13 Oktober 2004.[1]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Muhamad Abdullah dengan majoriti sebanyak 12,704 undi di parlimen Batu Pahat. Beliau memperolehi 32,461 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 19,757 undi. Dalam pilihan raya 2004,Dr. Junaidy Abd Wahab dari Terengganu bertanding di Batu Pahat dan mendapat majoriti 29,102 undi.[2]

Pada 2008 beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi, Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dan turut serta dalam rombongan 49 ahli parlimen Barisan Nasional ke Taipei,Taiwan bagi mempelajari teknologi pertanian pada 16 September 2008 .

Pada PRU-13, beliau yang bertanding sebagai jawatan Ahli Parlimen Batu Pahat telah tewas kepada Mohd Idris bin Jusi dengan majoriti undian sebanyak 1,732.

Kini, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dilantik).

Jawatan kerajaan sunting

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II selepas Pilihan raya Umum Malaysia ke-12 bersama Wee Ka Siong sebagai Timbalan Menteri Pelajaran I di bawah menterinya, Muhyiddin Yassin.

Setelah tewas pada Pilihan raya Umum Malaysia ke-13, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah JASA pada Mac 2015, menggantikan Fuad Hassan yang meninggal dunia pada Disember 2014.

Keputusan pilihan raya sunting

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting