Monitor (kapal perang)

Kapal monitor adalah sebuah kapal perang yang agak kecil, tidak laju dan kurang berperisai tetapi membawa meriam besar yang melampau. Ia telah digunakan oleh beberapa tentera laut dari tahun 1860an, semasa Perang Dunia I dan dengan penggunaan terhad dalam Perang Dunia II. Sewaktu Perang Vietnam ia telah digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat.[1] Parnaíba Tentera Laut Brazil adalah monitor terakhir dalam perkhidmatan.

HMS Marshal Ney. Turet meriam yang besar adalah satu reka bentuk tipikal kapal perang jenis monitor.

Monitor asal direka pada tahun 1861 oleh John Ericsson, yang menamakannya USS Monitor. Ia dicipta untuk perairan cetek dan berkhidmat sebagai kapal tepi pantai. Istilah "monitor" juga meliputi breastwork monitor yang lebih fleksibel, dan kadangkala digunakan sebagai istilah generik bagi mana-mana kapal berturet.

Istilah "monitor" juga merangkumi kapal perang terkuat sungai, dikenali sebagai kapal monitor sungai. Pada awal abad ke-20, istilah "monitor" telah dihidupkan semula untuk kapal pengebom pertahanan pantai yang cetek, terutamanya dari Royal Navy: kelas-Lord Clive menembak lebih banyak peluru meriam daripada mana-mana kapal perang lain yang pernah ada, terlibat dalam pertempuran (walaupun singkat) dengan sasaran Jerman semasa Perang Dunia I. Kapal Lord Clive telah dihapuskan pada tahun 1920an.

Para pegawai sebuah monitor Union, barangkali USS Patapsco, bergambar semasa Perang Saudara Amerika
USS Monitor, monitor pertama (1861)

Nota sunting

  1. ^ Carrico p. 10, 11

Rujukan sunting

  • Anon. Jane's Fighting Ships 1953-54 (1953)
  • Carrico, John M. Vietnam Ironclads, A Pictorial History of U.S. Navy River Assault Craft, 1966–1970. (2007) Brown Water Enterprises. ISBN 978-0-9794231-0-9.
  • Churchill, W.S. The World Crisis 1911–1918 (1938) Chapter XVI
  • Oxford English Dictionary
  • Friedman, Norman. U.S. Small Combatants: An Illustrated Design History. (1987) U.S. Naval Institute Press. ISBN 0-87021-713-5.
  • Konstam, Angus The Duel of the Ironclads (2003) ISBN 1-84176-721-2

Pautan luar sunting