Monitor video (juga dipanggil monitor penyiaran, monitor rujukan penyiaran atau monitor rujukan, ialah peranti berupa peti televisyen yang digunakan untuk memerhati hasil (output) sesebuah peranti penjanaan video seperti pelayan pemain media, IRD, kamera video, VCR, atau pemain DVD. Monitor video biasanya tetapi tidak semestinya dilengkapi fungsi pemerhatian audio. Monitor video berbeza dari televisyen kerana tiada penala, oleh itu tidak boleh menerima siaran ke udara dengan sendirinya. Salah satu kegunaan utama monitor video adalah bagi kakitangan kejuruteraan penyiaran memantau kekuatan isyarat di seluruh sistem penyiaran televisyen tak kira di dalam habupun di luar stesen televisyen. Monitor video banyak digunakan dalam industri keselamatan yang dilengkapi kamera televisyen litar tertutup dan peranti rakaman.

Monitor video tergantung yang digunakan dalam bilik penyiaran TV.
Jenis paparan monitor video utama
Format monitor keselamatan utama

Monitor rujukan penyiaran sunting

Monitor rujukan penyiaran harus digunakan untuk memastikan kepatuhan video dalam kemudahan penyiaran televisyen atau penerbitan, kerana monitor ini tidak melakukan apa-apa peningkatan mutu video, sebaliknya mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan imej dengan setepatnya.[1][2][3]

Untuk tujuan kawalan mutu, monitor penyiaran perlu menghasilkan imej yang konsisten sebaik-baiknya dari kemudahan ke kemudahan, untuk mencari apa-apa kepincangan dalam bahan, serta mengelakkan kehadiran bendasing dalam image yang tiada dalam bahan asal. Monitor penyiaran tidak wajar melakukan apa jua kerja pasca pemprosesan seperti menskala naik, penggandaan baris dan apa-apa penambahbaikan imej seperti kontras dinamuk. Sungguhpun demikian, teknologi paparan berstruktur piksel tetap (cth. LCD, plasma) harus melakukan penskalaan imej apabila memaparkan isyarat SD kerana isyarat tersebut mengandungi piksel bukan segiempat sama padahal peranti paparan tersebut berpiksel segiempat[4]. Paparan LCD dan plasma memang merupakan paparan progresif yang perlu melakukan proses nyah selang seli pada isyarat berselang seli.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "EBU - User requirements for Video Monitors in Television Production" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-26. Dicapai pada 2009-11-01.
  2. ^ Broadcast Engineering - Broadcast monitors
  3. ^ IEEE Xplore 2.0 - Psycho-physical method of television picture quality evaluation (EBU-II)
  4. ^ Chan, Glenn (2008). "Scaling artifacts and resolution". Broadcast Reference Monitors. Dicapai pada 2008-10-01. External link in |work= (bantuan)[pautan mati kekal]