Moussa Traoré (bahasa Maninka: ߡߎߛߊ߫ ߕߙߊߥߟߋ߫Musa Trawle, 25 September 1936 - 15 September 2020) adalah seorang askar dan ahli politik dan diktator yang juga sebagai Presiden Mali dari tahun 1968 hingga 1991. Sebagai seorang Leftenan, beliau mengetuai pemberontakan tentera menggulingkan Presiden Modibo Keïta pada tahun 1968.

Moussa Traoré
ߡߎߛߊ߫ ߕߙߊߥߟߋ߫
Presiden Mali ke-2
Dalam jawatan
November 19, 1968 – March 26, 1991
Didahului olehModibo Keïta
Digantikan olehAmadou Toumani Touré
Butiran peribadi
Lahir(1936-09-25)25 September 1936
Kayes, Sudan Perancis
Meninggal dunia15 September 2020(2020-09-15) (umur 83)
Bamako, Mali[1]
KerakyatanMali
Parti politikMilitary (later UDPM)
PasanganMariam Traoré
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Mali
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Mali
Tahun perkhidmatan1960 - 1976
PangkatMejar Jeneral

Selepas beliau berkhidmat sebagai ketua negara (dengan pelabagai gelaran) dari 1968–1979, dan Presiden Mali dari tahun 1979 hingga 1991, beliau pula digulingkan oleh protes jalanan dan rampasan kuasa tentera. Beliau dihukum mati sebanyak dua kali pada tahun 1990an, tetapi akhirnya mendapat pengampunan dua kali dan dibebaskan pada tahun 2002. Semenjak dari itu beliau telah bersara dalam arena politik.

Awal hidup sunting

Beliau anak kepada seorang askar jajahan Perancis keturunan Malinké.

Beliau mendapat pendidikan di maktab tentera Kati sebelum melanjutkan pelajaran di suatu akademi pegawai di Fréjus, Perancis[2] Beliau kembali ke Mali pada 1960 apabila negara tersebut mencapai kemerdekaan dari penjajahan Perancis.

Dalam kudeta 1968 sunting

Pada 19 November 1968, Moussa terlibat dalam suatu rampasan kuasa tentera yang menggulingkan pemerintahan [[sosialis) Modibo Keita. Beliau mengetuai badan baru yang mengambil alih di bawah nama Jawatankuasa Tentera Pembebasan Kebangsaan (du Comité militaire de libération nationale) sebelum kemudiannya bertindak menjawat kerusi Presiden Mali pada 19 Septembre 1969.[3][4]

Senja hidup sunting

Beliau meninggal dunia di Bamako pada tahun 2020 pada usia 83 tahun.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.jeuneafrique.com/1044940/politique/mali-lancien-president-moussa-traore-est-decede/
  2. ^ "L'EFORTOM-EFORTDM". RFI (dalam bahasa Perancis). 9 Mac 2010. Dicapai pada 16 Jun 2020.
  3. ^ Daoudi, Mounia (30 Mei 2002). "L'ancien dictateur Moussa Traoré gracié". Radio France Internationale. Dicapai pada 30 April 2016.
  4. ^ Roger, Benjamin (25 Mac 2016). "Mali : retour sur le régime de Moussa Traoré en dix dates". Jeune Afrique. Dicapai pada 30 April 2016.
  5. ^ "Mali: l'ancien président Moussa Traoré est mort". Radio France Internationale (dalam bahasa Perancis). 15 September 2020.
Sumber utama