Mu'az ibn Jabal adalah sahabat nabi yang berbai'at kepada Rasulullah sejak pertama kali. Beliau juga termasuk sebagai salah seorang daripada sahabat Nabi yang pertama kali masuk Islam (Assabiqunal Awwalun). Berasal dari [Yathrib] Madinah.

Atas usaha [Mus'ab ibn Umair], Muaz memeluk Islam sebelum peristiwa hijrah. Beliau memiliki wajah yang tampan, matanya hitam dan berambut kerinting. Di kalangan para penduduk [Yathrib], Muaz merupakan seorang pemuda yang bijak.

(Kelebihan) Mu'az terkenal sebagai cendekiawan dengan wawasannya yang luas dan pemahaman yang mendalam dalam ilmu [fiqh], dan bahkan Rasulullah menyebutnya sebagai sahabat yang paling mengerti yang mana yang halal dan yang haram. Mu'az juga merupakan duta besar Islam yang pertama kali yang dikirim Rasulullah. [Hadith] baginda mengenai kelebihan Muaz;

"Orang yang paling mengetahui halal dan haram di kalangan umatku adalah Muaz ibn Jabal"

Jasa dan Perjuangannya sunting

Pada peringkat awalnya, Muaz dilantik sebagai pegawai [Baitulmal] dalam menjalankan kerja-kerja membahagikan zakat dan barang keperluan asas di [Madinah]. Selepas itu, Umar melantik beliau sebagai pasukan bantuan untuk membantu tentera Islam dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Kemudian, akibat jangkitan wabak taun, beliau wafat selepas menggantikan [Abu Ubaidah Al-Jarrah] yang juga maut akibat wabak tersebut. Ketika itu, tentera [Islam] sedang berkhemah di sekitar [Amawas]. Selepas itu jawatannya disandang oleh [Amru Al-Ash].