Muhamad Khalid Jamlus

Muhamad Khalid Jamlus merupakan pemain bola sepak Malaysia yang sudah bersara dan bermain sebagai penyerang. Dia merupakan bekas pemain pasukan kebangsaan Malaysia dan pasukan bawah 23 tahun Malaysia. Pada tahun 2002, dia pergi mengikuti ujian pemilihan di Eintracht Frankfurt.[1]. Beliau dianggap sebagai penyerang terbaik pernah dimilik pasukan Perak FA dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab tersebut dengan 132 gol keseluruhan dalam semua kejohanan.

Muhamad Khalid
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhamad Khalid Jamlus
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
retired
Nombor 23
Kerjaya remaja
1993-1997 Perak
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998
1999-2004
2005-2006
2007-2008
2009
2010
2011
Olimpik 2000
Perak
Selangor
Perak
Kelantan
ATM
Kelantan
17 (4)
104 (50)
27 (9)
41 (28)
21 (9)
0 (0)
8 (1)
Pasukan kebangsaan
1997-2002 B-23 32 (25)
1998-2005 Malaysia 25 (10)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 July, 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 July, 2020

Kerjaya sunting

Khalid memulakan karier remajanya di Perak FA sebelum diserap ke dalam skuad Olimpik 200 di bawah kendalian Hatem Souissi. Olimpik 2000 berjaya melepasi ujian getir untuk menembusi slot ke Liga Perdana 1 pada 1998. Namun di peringkat liga, mereka masih gagal memberikan aksi kompetitif dan tersingkir dari Liga Perdana 1. Selepas pasukan Olimpik 2000 dibubarkan, Khalid kembali ke Perak.

Pada musim pertamanya bersama Perak, Khalid merupakan pemain paling diminati. Khalid menjalani ujian pemilihan di Eintracht Frankfurt pada 2002, namun dia gagal meyakinkan kelab itu untuk mengambilnya. Bakat Khalid disedari oleh sebuah lagi kelab divisyen dua Jerman, SV Greuther Furth yang bersedia memberi kontrak. Bagaimanapun Khalid mengalami kecederaan betis pada sesi pemilihan terakhir sekaligus meranapkan impiannya untuk kekal di Jerman.

Aksi cemerlangnya pada 2004 bersama Perak dan skuad kebangsaan menarik minat Selangor FA. Khalid berpindah dan mengikat kontrak bersama Selangor pada 2005 dan membentuk barisangan serangan 3 serangkai bersama-sama Bambang Pamungkas dan Brian Diego Fuentes. Selangor berjaya memenangi 3 piala sekaligus pada musim 2005.

Selepas dua musim bersama Selangor, Khalid kembali ke Perak dan membentuk gandingan sensasi bersama Keita Mandjou apabila menjaringkan 15 daripada 36 gol. Ini sekaligus meletakkannya selaku pendahulu untuk Anugerah Penyerang Paling Popular Anugerah Bola Sepak Malaysia.[2]. Pada musim 2008, Mandjou meninggalkan Perak dan Khalid membentuk gandingan bersama Carlos Cáceres.

Pada musim 2009, Khalid dan Ahmad Azlan Zainal bersama-sama mengikat kontrak dengan Kelantan.

Khalid kemudiannya berhijrah ke ATM FA pada 2010 namun ditamatkan kontrak disebabkan masalah disiplin. Khalid tidak membuat sebarang kemunculan pada musim tersebut.

Musim 2011, Khalid kembali ke Kelantan FA dan bersara dari tahun berikutnya.

Pasukan kebangsaan sunting

Khalid mendapat tempat dalam kesebelasan utama pada 2001 di bawah jurulatih[3], Allan Harris. Walau bagaimanapun, dia bersama Azmin Azram Abdul Aziz dan Kamarulzaman Hassan disingkirkan dari skuad kebangsaan apabila didapati berada di kelab malam sebelum bermulanya kelayakan Piala Dunia 2002.[4]

Khalid Kembali bersama pasukan kebangsaan pada 2002 dengan mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia dalam kejohanan Sukan Asia di Busan. Dia menjaringkan hattrick ketika menentang Maldives namun itu belum cukup untuk membantu Malaysia layak ke pusingan kedua. Pada 2004, Khalid menunjukkan prestasi yang menbanggakan apabila menjadi penjaring kedua terbanyak dalam kejohanan Piala Tiger 2004. Dia turut meledak dua gol ketika perlawanan menentang Thailand untuk membantu Malaysia layak ke separuh akhir.[5]

Selepas Piala Tiger, Khalid langsung tidak dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan meskipun dia muncul selaku penjaring terbanyak tempatan.

Statistik Permainan sunting

Kelab sunting

Pasukan Musim Liga Piala FA Piala Malaysia Piala Sumbangsih Piala AFC Jumlah
Penampilan Goal Penampilan Goal Penampilan Goal Penampilan Goals Penampilan Goals Penampilan Goals
Olympic 2000 1998 17 4 17 4
Total 17 4 17 4
Perak 1999 11 3 0 0 7 3 18 6
2000 18 7 3 0 11 5 32 12
2001 15 10 3 1 11 9 1 0 30 20
2002 24 17 7 6 10 2 0 0 41 25
2003 21 9 4 1 9 0 0 0 34 10
2004 15 4 6 5 6 4 0 0 6 4 33 17
Total 104 50 23 13 54 23 1 0 6 4 188 90
Selangor 2005 18 9 7 4 8 2 0 0 32 15
2006 9 0 0 0 3 0 1 0 13 0
Total 27 9 7 4 11 2 1 0 45 15
Perak 2007 22 15 1 0 15 9 0 0 0 0 38 24
2008 19 13 4 1 9 3 0 0 6 1 38 18
Total 41 28 5 1 24 12 0 0 6 1 76 42
Kelantan 2009 21 9 9 4 8 2 0 0 0 0 38 15
Total 21 9 9 4 8 2 0 0 0 0 38 15
ATM FA 2010 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Total 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Kelantan 2011 8 1 1 0 1 0 0 0 0 0 10 1
Total 8 1 1 0 1 0 0 0 0 0 10 1
Career total 218 101 44 22 98 37 2 0 12 5 357 163

Kebangsaan sunting

[6]

Malaysia
Tahun Penampilan Goal
2005 2 2
2004 9 5
2002 2 1
2001 5 2
2000 1 0
1999 3 0
1998 3 0
Total 25 10

Gol Antarabangsa sunting

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Pertandigan
1. 3 Februari, 2001 Lautoka, Fiji   Fiji 1-4 Kalah Persahabatan
2. 9 Februari, 2001 Lautoka, Fiji   Fiji 2-1 Menang Persahabatan
3. 16 Julai, 2002 Kuantan, Malaysia   Singapura 1-2 Kalah Persahabatan
4. 1 November, 2004 Singapore, Singapore   Singapura 2-1 Menang Persahabatan
5. 10 Disember, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia   Filipina 4-1 Menang Peringkat kumpulan Piala Tiger 2004
6. 10 Disember, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia   Filipina 4-1 Menang Peringkat kumpulan Piala Tiger 2004
7. 14 Disember, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia   Thailand 2-1 Menang Peringkat kumpulan Piala Tiger 2004
8. 14 Disember, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia   Thailand 2-1 Menang Peringkat kumpulan Piala Tiger 2004
9. 3 Januari, 2005 Kuala Lumpur, Malaysia   Indonesia 1-4 Kalah Separuh akhir Piala Tiger 2004
10. 15 Januari, 2005 Singapura, Singapura   Myanmar 2-1 Menang Tempat 3/4 Piala Tiger 2004

Rujukan sunting

  1. ^ "Khalid gets offer from Eintracht Frankfurt - New Straits Times - HighBeam Research". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-17. Dicapai pada 2009-03-14.
  2. ^ Khalid Jamlus among front-runners for National Football Awards
  3. ^ https://matbolamalaysia.blogspot.com/2017/03/jaringan-hatrik-khalid-legakan-malaysia.html?m=0
  4. ^ Malaysia axe disco trio
  5. ^ "Malaysia layak ke separuh akhir -- Dua jaringan Khalid". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-12. Dicapai pada 2009-03-14.
  6. ^ "Jaringan Khalid Jamlus". National Football Team (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-22. Dicapai pada 2020-07-22.