Muhammad Sanusi Md Nor

Menteri Besar Kedah

Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor (lahir 4 Ogos 1974; Jawi: محمد سنوسي بن مد نور) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Kedah terkini[1][2] dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Kedah dengan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.


Muhammad Sanusi Md Nor

SPMK, AMK (Kedah)
محمد سنوسي مد نور
Muhammad Sanusi pada 2022
Menteri Besar Kedah ke-14
Memegang jawatan
17 Mei 2020
SultanSultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Didahului oleh Mukhriz Mahathir
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Jeneri
Memegang jawatan
3 Julai 2018
Didahului oleh Mahadzir Abdul Hamid
Majoriti2,455 (2018)
16,050 (2023)
Pengerusi
Badan Perhubungan
Parti Perikatan Nasional
Negeri Kedah
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Ketua Pembangkang
Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
4 Julai 2018 – 17 Mei 2020
Didahului oleh Amiruddin Hamzah
Digantikan oleh Phahrolrazi Mohd Zawawi
Butiran peribadi
Lahir (1974-08-04) 4 Ogos 1974 (umur 49)
Kampung Sungai Pauh, Sik, Kedah
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Gagasan Sejahtera (2016-2019)
Muafakat Nasional (2019-2021)
Perikatan Nasional (2020-kini)
PasanganTok Puan Seri Hajah Jusmalailani Jusoh
Anak-anak
Lihat senarai
  • Nurul Fatihah
    Muhammad Umar Zuhdi
    Nur Asma'
    Nur Hana Sofea Humaira
KediamanSeri Mentaloon (Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah)
Alma materUniversiti Sains Malaysia
PekerjaanAhli politik

Latar belakang sunting

Muhammad Sanusi bin Md Nor ialah anak ketujuh daripada 13 orang adik-beradik kepada pasangan Haji Md Nor bin Taib (lahir 1942) dan Hajjah Meriam binti Haji Ahmad (lahir 1949). Muhammad Sanusi berkahwin dengan Jusmalailani binti Jusoh lalu dikurniakan 5 orang anak. Datuknya, berasal daripada wilayah Hainan, China. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Batu 5, Sik, Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Sekolah Menengah Sik, Sekolah Menengah Derma Kangar Perlis dan Universiti Sains Malaysia (USM).[3]

Politik sunting

Muhammad Sanusi pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada pentadbiran PAS di Kedah tahun 2008 hingga 2013. Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[4]. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS untuk penggal kedua[5].

Kemelut poltik dan lantikan sebagai Menteri Besar Kedah sunting

Pada bulan Mei tahun 2020, sokongan yang berubah terhadap parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah menyebabkan Menteri Besar Kedah ketika itu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan beliau. Susulan itu, Muhammad Sanusi telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14.[6]

Keputusan pilihan raya sunting

Kerusi Yang Ditandingi oleh Muhammad Sanusi Md Nor
Tahun Kawasan Individu Undi Lawan Undi Peratusan Mengundi Majoriti
2008 DUN Belantek, Kedah Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) 7,974 Mohd Tajudin Abdullah (BN-UMNO) 8,226 86.64% 252
2018 DUN Jeneri, Kedah Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) 10,626 Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) 8,171 84.7% 2,455
2023 DUN Jeneri, Kedah Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) 21,823 Muhamad Khizri Abu Kassim 5,773 78.63% 16,050

Kontroversi sunting

Penemuan mineral sunting

Pada awal Disember 2020, Sanusi mengumumkan bahawa pemerintah negeri Kedah telah memberikan izin kepada sebuah syarikat yang berpusat di Kuala Lumpur untuk mencari dan mengambil unsur-unsur hasil bumi yang bernilai "RM43 trilion". Setelah siasatan lanjut, dijelaskan bahawa simpanan unsur hasil bumi hanya dianggarkan RM 62 Bilion dan bukan jumlah yang didakwanya.[7] Terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa Sanusi sengaja membuat kontroversi dan bersikap provokatif untuk menarik perhatian dari tuntutan "Penemuan Mineral 43 Trilion di Kedah".[8]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran raja sunting

Anugerah persilatan sunting

  • Pertubuhan Warisan Pendekar Negeri Kedah
    • Khalifah Sri Tri Simanjakini (2022)[10]

Rujukan sunting

  1. ^ "Muhammad Sanusi dijangka angkat sumpah MB Kedah esok". 16 May 2020. Dicapai pada 17 May 2020.
  2. ^ "Menteri Besar baharu Kedah angkat sumpah esok". 16 May 2020. Dicapai pada 17 May 2020.
  3. ^ "Profil YAB MB Kedah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-11. Dicapai pada 2020-09-06.
  4. ^ Nur Fazlizai Ali (7 November 2021). "Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal". Astro Awani. Dicapai pada 15 November 2021.
  5. ^ Faiz Zainudin (7 November 2021). "PAS kekalkan Takiyuddin SUA, Sanusi Pengarah Pilihan Raya". FMT. Dicapai pada 15 November 2021.
  6. ^ "Kronologi kemelut politik Kedah". BH Online. 17 Mei 2020. Dicapai pada 18 Mei 2020.
  7. ^ "Tersilap umum sumber mineral RM43 trilion, MB Kedah perjelas angka sebenar". Projek M. 3 Disember 2020. Dicapai pada 23 Januari 2021.
  8. ^ "Kedah terokai kerja mineral baharu RM60 bilion". Utusan Malaysia. 2 Disember 2020. Dicapai pada 23 Januari 2021.
  9. ^ Menteri Besar Kedah kini ‘Datuk Seri’
  10. ^ "Wan Saiful dianugerah Sandang Khalifah Penasihat Mahkota Alam". Journal Malaysia. 21 Ogos 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2022.

Pautan luar sunting