Muhammad bin Ibrahim

Tan Sri Dato' Seri Muhammad bin Ibrahim merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8. Beliau menggantikan Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara pada 2016. Pelantikan beliau berkuatkuasa pada 1 Mei 2016.[1] Beliau mengemukakan peletakan jawatannya pada 6 Jun 2018.[2]

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri

Muhammad Ibrahim

PSM, PJN; SPMS (Selangor); SJMK (Kelantan); DPMS (Selangor)
Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8
Dalam jawatan
1 Mei 2016 – 6 Jun 2018
Didahului olehZeti Akhtar Aziz
Digantikan olehNor Shamsiah Mohd Yunus
Butiran peribadi
Lahir1955 (umur 68–69)
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Alma materUIAM
Universiti Malaya
HKS, Harvard University
HBS, Harvard University
Laman web rasmiBank Negara Malaysia

Pendidikan sunting

Muhammad Ibrahim merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam (MPA) dari John F. Kennedy School of Government, Harvard University pada 1993. Beliau juga telah menjalani Program Pentadbiran Lanjutan di Harvard Bussiness School, Harvard University pada 2010. Beliau juga memproleh Diploma Pascasiswazah dalam Perbankan Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan dari Universiti Malaya.[3][4]

Kerjaya sunting

Beliau menyertai Bank Negara Malaysia pada 1984 dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Gabenor BNM pada Jun 2010.[5] Beliau juga merupaka Jawatankuasa dalam Penstabilan Kewangan dan Polisi Monetari.

Semasa khidmat beliau dalam BNM, beliau juga memegang beberapa jawatan dalam badan kerajaan dan syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada 2010 dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2012. Sewaktu Krisis Kewangan Asia 1997, beliau merupakan Pengarah Urusan Danamodal Nasional Berhad, sebuah agensi bertujan unutk permodalan semula.[6]

Gabenor Bank Negara ke-8 sunting

Semasa pencalonan untuk menggantikan tempat Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara yang ke-8. Terdapat beberapa kontroversi. Hal ini kerana terdapat campur tangan oleh kerajaan dengan memberi beberapa calon yang dianggap tidak sesuai oleh Lembaga Pengarah BNM dan Zeti sendiri. Zeti mencalonkan timbalan beliau, Muhammad Ibrahim sebagai pengganti beliau.

Zeti mencalonkan timbalan beliau sebagai penggantinya. Tetapi ada juga calon lain yang diberi oleh pihak kerajaan seperti Mohd Irwan Serigar Abdullah, Abdul Wahid Omar dan Awang Adek Hussin. Bagi Zeti, Muhammad Ibrahim merupakan calon yang terbaik. Pada 28 April 2016, keputusan muktamad telah dikeluarkan, Muhammad akan dilantik menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia ke-8 menggantikan tempat Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkuatkuasa 1 mei 2016 melalui sebuah kenyataan di Pejabat Perdana Menteri.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rahman, Norliza (27 April 2016). "Muhammad dilantik Gabenor Bank Negara". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 28 April 2016.
  2. ^ https://www.channelnewsasia.com/news/asia/malaysia-s-central-bank-governor-tenders-resignation-pm-mahathir-10396770
  3. ^ "Who is the new Bank Negara governor?". New Straits Times. 27 April 2016. Dicapai pada 28 April 2016.
  4. ^ "Dato' Muhammad bin Ibrahim". KWAP. Kumpulan Wang Amanah Persaraan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-27. Dicapai pada 28 April 2016.
  5. ^ "Appointment of Dato' Muhammad Ibrahim as Deputy Governor, Dato' Ooi Sang Kuang as Special Adviser and Puan Jessica Chew as Assistant Governor of Bank Negara Malaysia". Central Bank of Malaysia. 15 June 2010. Dicapai pada 28 April 2016.
  6. ^ http://www.aif.org.my/about-aif/our-people
  7. ^ "Tiga dianugerah gelaran Tun". Berita Harian. 9 September 2017. Dicapai pada 9 September 2017.