Dalam Islam, mujaddid (Arab: مجدد, harfiah: pembaru) adalah seseorang yang dipercayai dihantar oleh Allah di awal setiap kurun Hijrah. Fungsi mujaddid ini ialah untuk memulihkan kembali Islam, menghilangkan unsur-unsur yang telah ditokok tambah dan mengembalikannya kepada keadaan asli. Mujaddid ini boleh jadi seorang khalifah, wali, ulama, cendekiawan ataupun seorang lain yang berpengaruh.

Ini disebut dalam hadith:

"Allah akan mengutus kepada umat ini di setiap awal kurun seorang yang akan memperbaharui (atau memulihkan) urusan agama" (Sunan Abu Dawud, Kitab al-Malahim, bab 1.)

Terdapat banyak pandangan mengenai identiti mujaddid ini bagi setiap abad, tetapi Muslim secara umumnya bersetuju, walaupun sekiranya orang-orang di dalam senarai di bukan merupakan mujaddid zaman mereka, majoritinya merupakan cendekiawan ortodoks hebat yang memberi sumbangan besar terhadap Islam.

Senarai calon Mujaddid sunting

Abad Pertama (selepas zaman Nabi Muhammad) (3 Ogos 718)

Abad Kedua (10 Ogos 815)

Abad Ketiga (17 Ogos 912)