Mukim Pekan Tutong

mukim di Daerah Tutong, Brunei

Mukim Pekan Tutong ialah sebuah mukim di Daerah Tutong, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 10,551 pada tahun 2016.[1] Pekan Tutong terletak dalam mukim ini, iaitu pekan pentadbiran dan ekonomi bagi Daerah Tutong.

Mukim Pekan Tutong
NegaraBrunei
DaerahTutong
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah10,551
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
TAxx41

Kampung sunting

Kampung-kampung di bawah Mukim Pekan Tutong adalah seperti berikut:

Senarai kampung di Mukim Pekan Tutong
Kampung Penduduk (2016)[1]
Bukit Bendera 1,067
Kampung Kandang 305
Kampung Kuala Tutong 295
Kampung Panchor Dulit 541
Kampung Panchor Papan 483
Kampung Penabai 888
Kampung Penanjong 2,065
Kampung Petani 997
Kampung Sengkarai 1,989
Kampung Serambangun 357
Kampung Tanah Burok 465
Tutong Kem 1,099
Jumlah 10,551

Walau bagaimanapun, hanya terdapat empat komuniti kampung seperti yang disenaraikan oleh Jabatan Daerah Tutong,[2] yang mana setiap komuniti ini mempunyai ketua kampung sebagai ketua komuniti. Sengkarai dan Penanjong mempunyai seorang ketua kampung setiapnya, manakala Penabai dan Kuala Tutong berkongsi seorang ketua kampung.[3] Panchor Dulit dan Panchor Papan juga berkongsi seorang ketua kampung.[3] Penduduk yang tinggal di kampung-kampung yang tidak mempunyai ketua kampung boleh merujuk kepada yang ketua bagi kampung yang berjiran.

Mukim ini juga merangkumi Pekan Tutong, iaitu pusat pentadbiran dan satu-satunya pekan di Daerah Tutong. Walau bagaimanapun, Pekan Tutong ialah kawasan bandaran yang mana ia di luar hierarki pembahagian pentadbiran. Namun begitu, kawasan tersebut bertindih dengan kawasan kampung; Pekan Tutong secara rasmi merangkumi sebahagian kawasan Bukit Bendera dan Kampung Petani.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
  2. ^ "Mukim-Mukim di Daerah Tutong". tutong.gov.bn. Dicapai pada 2018-04-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ a b "MUKIM PEKAN TUTONG". tutong.gov.bn. Dicapai pada 2018-04-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  4. ^ "Sejarah Ringkas". www.bandaran-tutong.gov.bn. Dicapai pada 2018-04-05. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar sunting