Mumtāz Mahal (April 1593 - 17 Jun 1631) (Parsi, Urdu: ممتاز محل; mumtɑːz mɛhɛl; bermakna "hiasan kesayangan di istana") ialah nama ringkas biasa bagi Arjumand Banu Begum, seorang maharani India semasa Dinasti Mughal. Beliau telah dilahirkan di Agra, India. Ayahnya ialah seorang bangsawan Parsi yang bernama Abdul Hasan Asaf Khan, yang merupakan abang kepada Maharani Nur Jehan (yang kemudian menjadi isteri kepada maharaja Jahangir). Mumtaz Mahal seorang Islam yang bermazhab Syiah. Beliau berkahwin pada umur 19 tahun, iaitu pada 10 Mei 1612, dengan Putera Khurram, yang kemudian menaiki takhta Merak sebagai Maharaja Mughal Shah Jahan I. Beliau merupakan isteri ketiga dan paling disayangi oleh Shah Jahan. Mumtaz Mahal meninggal dunia di Burhanpur, Deccan (kini di Madhya Pradesh) semasa melahirkan anak ke-14, seorang anak perempuan yang diberi nama Gauhara Begum. Jenazahnya disimpan di Burhanpur selama 23 tahun sehinggalah pembinaan Taj disiapkan. Setelah siap, keranda beliau dipindahkan ke Agra. Jenazah beliau kemudian dikebumikan di dalam Taj Mahal di Agra.

Lukisan Mughal Mumtaz Mahal

Rujukan sunting

  • Koch, Ebba. The Complete Taj Mahal: And the Riverfront Gardens of Agra (Hardback) |format= requires |url= (bantuan) (ed. First). Thames & Hudson Ltd. m/s. 288. ISBN 0500342091. Unknown parameter |origdate= ignored (|orig-year= suggested) (bantuan)
  • Preston, Diana & Michael. A Teardrop on the Cheek of Time (Hardback) |format= requires |url= (bantuan) (ed. First). London: Doubleday. m/s. 354. ISBN 9780385609470. Unknown parameter |origdate= ignored (|orig-year= suggested) (bantuan)