Mumtaz Md Nawi

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Mumtaz Md. Nawi)

Yang Berhormat Dato' Hajah Mumtaz Haji Md Nawi ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tumpat. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai EXCO Kelantan (2018-2023).

YB Dato' Hajah

Mumtaz Md Nawi

DJMK, JMK (Kelantan)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tumpat, Kelantan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Che Abdullah Mat Nawi
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
16 Mei 2018 – 2023
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Demit
Dalam jawatan
13 Jun 2013 – 2023
Didahului oleh Muhamad Mustafa
Digantikan oleh Mohd Asri Mat Daud
Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
6 Julai 2009 – 5 Julai 2012
Digantikan oleh Khairiah Mohamed
Dalam jawatan
19 Julai 2006 – 18 Julai 2009
Didahului oleh Siti Zailah Mohd Yusoff
Butiran peribadi
Lahir (1972-03-30) 30 Mac 1972 (umur 52)
Kampung Ana, Tumpat, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganHaji Mohd Sukiman bin Yasin
Anak-anakMohamad Ammar
Mohamad Aiman
Adnin Nuha
Raihan Nuha
IbuHajah Siti Talhah Ismail
BapaUstaz Haji Md Nawi Haji Said
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Pendidikan sunting

Dalam Penilaian Sekolah Rendah mendapat 5A, SRP (6 agregat), SMU (9 agregat), SPM (6 agregat). Penerima Anugerah Hadiah Buku bagi pencapaian akademik cemerlang dan berbagai anugerah lain termasuk Pelajar Cemerlang Yayasan Islam Kelantan 1990.

Kerjaya sunting

Mumtaz merupakan seorang peguam bela dan peguam cara sehingga berjaya memiliki firma guaman sendiri atas nama Mumtaz Nawi & Co. Pada 2007, isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menjadi menyampaikan selempang 'Tokoh Beliawanis 2007' dan wang tunai RM2,000, jam khas dan sijil.

Beliau menjadi pakar rujuk Undang-undang RTM dan juga NGO serta panel pelbagai forum perdana termasuk Debat Perdana yang pernah disiarkan di RTM.

Politik sunting

Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ahli Dewan Negara (Mewakili Kerajaan Negeri Kelantan sejak 2007-sekarang).

Mumtaz mewakili ahli Parlimen Malaysia di BBC untuk International Video Confrerencing, New South Wales, South Africa dan Malaysia.

Sering diberi kepercayaan mengetuai delegasi Ahli Dewan Negara ke persidangan luar negara.

[1]

Bai'ah taat setia PAS sunting

Beliau pernah menyatakan sokongan kepada amalan bai'ah atau sumpah taat setia talak tiga terhadap isteri wakil rakyat parti PAS yang melompat parti. Beliau menyatakan bahawa amalan tersebut menjadikan wakil rakyat Pas lebih menyayangi isteri serta tidak berani memungkiri janji yang mereka ikrar sendiri.[2]

Anugerah & pengiktirafan sunting

  •   Kelantan
    •   Darjah Setia Jiwa Mahkota Kelantan (JMK) - (2016)
    •   Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) - Dato' (2019)[3]

Rujukan sunting