Mursyidul Am

Ketua Majlis Syura Ulamak PAS

Mursyidul Am (Arab: المرشد العام‎) merupakan jawatan tertinggi bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Mursyidul Am ialah pengerusi bagi Majlis Syura Ulamak PAS yang merupakan badan tertinggi bagi menentukan dasar parti Islam tersebut[1]. Jawatan ini dimodelkan mengikut jawatan serupa dalam Ikhwan Muslimin. Jawatan Mursyidul Am sebelum ini pernah disandang oleh Tuan Guru Yusuf Rawa (1987-1995), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (1995-2015), dan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (2015-2016). Kini, jawatan tersebut disandang oleh Tuan Guru Dato' Hj. Hashim Jasin.

Sejarah sunting

Bagi menjamin kepimpinan Ulama di peringkat PAS Pusat, pindaan Perlembagaan PAS telah dibuat dalam Muktamar Tahunan Agung PAS yang ke-29 pada 29 April 1983 bagi menubuhkan Majlis Syura Ulama. Pindaan ini kemudian diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 18 Mac 1987 bagi membolehkan seorang Mursyidul Am dilantik (Perlembagaan PAS, Fasal 7, 1987:4-9) dan Presiden PAS ketika itu, Tuan Guru Yusuf Rawa dipilih sebagai Mursyidul Am PAS yang pertama pada November 1987.

Penyandang jawatan sunting

Nama Tempoh perkhidmatan Timbalan Mursyidul Am Tempoh perkhidmatan Presiden
Tuan Guru Haji Yusuf Rawa 1987 - 1992 Dato' Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor (tidak rasmi) 1987-1989 Tuan Guru Yusuf Rawa (1987-1989)
Dato' Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor (1989-2002)
YBhg. Dato' Bentara Setia, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (tidak rasmi) 1989-1994
1992 - 1994
Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 1992-1994
YBhg. Dato' Bentara Setia, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 1994 - 1997 Ustaz Idris Omar 1994-2005
1997 - 2000
2000 - 2005
2005 - 2010 Tuan Guru Dato' Dr. Haji Haron Din 2005-2015
Tuan Guru Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (2002-Kini)
2010 - 2015
Tuan Guru Dato' Dr. Haji Haron Din 2015 - 2016 YAB Datuk Bentara Kanan, Dato' Haji Ahmad Yakob 2015-kini
Tuan Guru Dato' Haji Hashim Jasin 2016 - kini

Rujukan sunting

  1. ^ Riduan Mohamad Nor (Jun 22, 2020). "Sejarah Majlis Syura Ulamak, perjawatan Mursyidul Am". Harakahdaily. Dicapai pada 26 November 2021.