Musa Hitam

Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-5

Tun Musa bin Hitam (lahir 18 April 1934) ialah Timbalan Perdana Menteri kelima di Malaysia dari 1981 hingga 1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.[1]


Musa Hitam

SSM, PMN; SPMJ, SSIJ (Johor); SPMS (Selangor); DUNM (Melaka); SPNS (NS); SPDK (Sabah); PIS (I) (Johor)
Pengerusi
Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia
Dalam jawatan
6 Mac 2006 – 1 Ogos 2021
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehSyed Hamid Syed Jaafar Albar
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-5
Dalam jawatan
1981–1986
Didahului olehMahathir bin Mohamad
Digantikan olehTun Ghafar Baba
Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
1981–1986
Didahului olehGhazali Shafie
Digantikan olehMahathir Mohamad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Panti, Johor
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului olehYusof Malim Kuning
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Labis, Johor
Dalam jawatan
1974–1982
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehBahari Haron
Butiran peribadi
Lahir (1934-04-18) 18 April 1934 (umur 89)
Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
Parti politik UMNO
Barisan Nasional
UMNO
PasanganToh Puan Zulaikha Sheardin
Ines Maria Reyna (m. 1993)
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Sussex
PekerjaanAhli politik

Biodata sunting

Dilahirkan di Johor Bahru, Johor. Musa belajar di English College (kini "Maktab Sultan Abu Bakar"), Johor Bahru dan memperoleh ijazah Sarjana Mudanya dari Universiti Malaya. Beliau kemudian mengambil kursus sarjana dalam bidang hubungan antarabangsa di Universiti Sussex, United Kingdom. Selain daripada menerima pelbagai anugerah dan penghargaan, termasuk Doktor Kehormat dari Universiti Sussex, Musa juga pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat antarabangsa beberapa kali. Jawatan ini termasuklah Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel, Ahli Lembaga UNESCO, Ketua Perwakilan Pemerhati Komanwel untuk pilihan raya umum Malawi, serta Ahli Perwakilan Menteri Komanwel ke Nigeria, Pakistan, Fiji, dan Gambia.

Keluarga sunting

Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Datin Ines Maria Reyna, seorang peranakan Peru-Sepanyol. Beliau telah bertemu pertama kali pada 1959 di Lima, Peru sebagai pelajar antarabangsa. Mereka dikurniakan 3 cahaya mata: Mariana, Carlos Abdul Rashid dan Rosana. Carlos terbunuh bersama isteri beliau, Rozita Datuk Abu Bakar sewaktu Tragedi Highland Towers pada Disember 1993.

Kemudian, beliau telah berkahwin dengan Zulaikha Sheardin (kini Toh Puan), yang mana mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Hanif. Tun Musa mempunyai tiga orang cucu: Marisa, Lara dan Kaelen.

Kerjaya politik sunting

Dalam tahun 1960-an, Musa dilantik menjadi Pemangku Setiausaha Agung UMNO. Beliau masuk Parlimen Malaysia buat pertama kali pada tahun 1969 dan berkhidmat sebagai timbalan menteri untuk suatu tempoh yang singkat. Musa kemudian dipecat daripada UMNO akibat pengingkaran semasa Peristiwa 13 Mei, oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu. Semasa dipecat, beliau mengambil sarjananya di Universiti Sussex. Apabila kembali ke Malaysia pada tahun 1971, beliau diterima semula menyertai UMNO oleh Tun Abdul Razak. Musa dilantik sebagai Timbalan Whip Parlimen untuk parti campuran Parti Perikatan dan dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada 1978.[2]

Pada tahun 1981, Musa dipilih menjadi Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan Menteri Dalam Negeri pada tahun 1981-1986, Musa telah menjawat beberapa jawatan dalam kerajaan seperti Pengerusi FELDA, Timbalan Menteri Perdagangan & Industri, Menteri Perusahaan Utama (1974-1978) dan Menteri Pendidikan (1978-1981).

Peristiwa Memali terjadi pada November 1985 ketika Musa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.[3]

Musa meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986 disebabkan percanggahan pendapat dengan Perdana Menteri Dr. Mahathir terhadap dasar-dasar negara. Kemudian pada 1987, beliau dicabar oleh Tun Ghafar Baba untuk jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan ditewaskannya. Musa Hitam juga merupakan 11 ahli UMNO yang menfailkan tindakan guaman yang membawa kepada pengharaman UMNO pada tahun 1988.

Selepas politik sunting

Antara tahun 1990 dan 1991, Musa dilantik sebagai Utusan Khas Malaysia untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan sejak 1995, beliau merupakan Utusan Khas Perdana Menteri untuk Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel (CMAG). Beliau juga mengetuai perwakilan Malaysia untuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNCHR) dari 1993 sehingga 1998, dan dipilih sebagai Pengerusi Sesi Ke-52 untuk Suruhanjaya tersebut pada tahun 1995. Musa dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dari 1999 hingga 2002.

Anugerah sunting

  • Dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pada 1994.

Darjah Kebesaran sunting

Kehormatan Malaysia sunting

Kehormatan Antarabangsa sunting

Penulisan sunting

  1. Nasionalisme: Krisis dan kematangan, Pelanduk Publications; 1986

Rujukan sunting

  1. ^ Crossette, Barbara (1987-03-28). "MALAYSIA LEADER FACING MAJOR REVOLT IN HIS PARTY". NYTimes.com. Dicapai pada 2018-02-16.
  2. ^ Tan, Chee Khoon & Vasil, Raj (ed., 1984). Without Fear or Favour, p. 43–44. Eastern Universities Press. ISBN 967-908-051-X.
  3. ^ Mokhtar Petah (1993). Kerajaan mansuh kekebalan Raja Melayu. ART Media. m/s. 164. ISBN 9839835009.
  4. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1994" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-12-23. Dicapai pada 2020-12-27.
  5. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2006" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-14. Dicapai pada 2020-12-27.
  6. ^ "Musa Receives Johor Ruler's Award". New Straits Times. 9 April 1982. m/s. 1.
  7. ^ "SPMS 1982". awards.selangor.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-15. Dicapai pada 27 December 2020.
  8. ^ "Sabah's highest award for Mariam Robert". New Straits Times. 11 September 1984. m/s. 4.
  9. ^ "The Conferment Ceremony of the Grand Cordon of the Order of the Rising Sun on Tun Musa Hitam, Former Deputy Prime Minister". Ministry of Foreign Affairs of Japan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Januari 2021.
Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Malaysia
18 Julai 198116 Mac 1986
Penyandang Kemudian
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Ghafar Baba