Musim (Jawi: موسيم, bahasa Inggeris: season) merupakan salah satu daripada pembahagian besar dalam jangka masa tahunan, pada umumnya berdasarkan pada perubahan tempoh setahun berdasarkan cuaca.

Turutan rupa pokok yang sama pada musim-musim iklim sederhana dalam setahun

Musim terjadi akibat putaran tahunan Bumi mengelilingi Matahari dan kecondongan paksi Bumi berbanding satah putaran.

Peristilahan sunting

"Musim" merupakan serapan Arab: مَوْسِم mawsim iaitu bentuk ism kata kerja وَسَمَwasama yang bermaksud "menandakan" (to mark, marked).[1]

Punca sunting

Peredaran bumi sunting

Pentarikhan sunting

Keadaan Bumi yang mencondong semasa peredaran mengelilingi bumi menyebabkan dua belahan utama ia, iaitu Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan mempunyai musim yang berlainan pada tempoh atau waktu yang lebih kurang sama. Namun, perincian tempoh yang diukur terbahagi kepada beberapa pendekatan berbeza:

Cara meteorologi sunting

Pengiraan ini mula dikembangkan suatu persatuan kaji cuaca di Eropah bernama Societas Meteorologica Palatina pada 1780 di mana 1 tahun dibahagikan rata-rata kepada 4 tempoh suasana selama 3 bulan dalam takwim Gregorius, pendekatan ini melekat penggunaannya sehingga hari ini.[2]

Belahan bumi 1 Mac - 31 Mei 1 Jun - 31 Ogos 1 September - 30 November 1 Disember - 28/29 Februari
Hemisfera Utara Musim bunga Musim panas Musim luruh Musim sejuk
Hemisfera Selatan[3][4] Musim luruh Musim sejuk Musim bunga Musim panas

Cara astronomi sunting

Pengiraan ini pula ditentukan dengan mencatat waktu lintasan Matahari dalam liputan Garisan-Garisan Sartan dan Jadi pada waktu solstis dan lintasan Matahari melalui Khatulistiwa pada waktu ekuinoks.[5] Musim-musim yang dikirakan ini tidaklah sama panjang kerana sifat orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.

Rujukan sunting

  1. ^ Lane, Edward William (1863–1893). "وسم". Arabic-English Lexicon. London – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.CS1 maint: date format (link)
  2. ^ Begin van de lente (Start of Spring), KNMI (Royal Dutch Meteorology Institute), 2009-03-20, diarkibkan daripada yang asal (Dutch) pada 2009-03-27, dicapai pada 2009-03-20
  3. ^ "Australian weather and the seasons". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Oktober 2012. Dicapai pada 22 Oktober 2012.
  4. ^ "Details - Argentina - Seasons & Climate". www.wildland.com. Dicapai pada 27 April 2018.
  5. ^ "Earth's Seasons". Astronomical Applications Department. The United States Naval Observatory (USNO). September 21, 2015. Dicapai pada June 23, 2017.