Mutesa II dari Buganda

Sir Edward Frederick William David Walugembe Mutebi Luwangula Muteesa II (19 November 1924 – 21 November 1969) merupakan Raja (Kabaka) Kerajaan Buganda ke-35 dan terakhir dari 22 November 1939 sehingga kematiannya. Baginda juga merupakan Presiden Uganda pertama berikutan penubuhan republik tersebut.

Mutesa II
Mutesa II pada lewat tahun 1950-an.
Kabaka of Buganda
Pemerintahan22 November 1939 – 21 November 1969
pemahkotaan19 November 1942 (di Bukit Buddo)
Didahului olehDaudi Cwa II dari Buganda
Diikuti olehMuwenda Mutebi II dari Buganda
Presiden Uganda Pertama
Penggal9 Oktober 1963 – 2 Mac 1966 (digulingkan)
Didahului olehElizabeth II
sebagai Ratu Uganda
Walter Coutts
sebagai Gabenor Jeneral Uganda
Diikuti olehMilton Obote
Keputeraan(1924-11-19)19 November 1924
Makindye, Uganda
Kemangkatan21 November 1969(1969-11-21) (umur 45)
Rotherhithe, London, United Kingdom
PemakamanKasubi Nabulagala
Permaisuri-permaisuri1. Naabakyaala Damali Catherine Nnakawombe, Naabagereka
2. Lady Edith Kasozi
3. Omubiitokati Beatrice Kabasweka
4. Lady Kate Ndagire
5. Naabakyaala Sarah Nalule
6. Muzaana Nalwooga
7. Lady Nesta M. Rugumayo
8. Lady Kaakako Rwanchwende
9. Lady Winifred Keihangwe
10. Lady Zibiah Wangari Ngatho
11. Lady Catherine Karungu
12. Lady Naome Nanyonga
13. Lady Margaret Nakato
Anakanda12 lelaki dan 9 perempuan
Nama penuh
Sir Edward Frederick William David Walugembe Mutebi Luwangula Muteesa II
KerabatDinasti Abalasangeye
AyahandaDaudi Cwa II dari Buganda
BondaAbakyala Irene Drusilla Namaganda

Keputeraan dan pendidikan sunting

Muteesa lahir di rumah seorang mubaligh pakar perubatan di Makindye, Kampala pada 19 November 1924. Beliau merupakan putera kelima Raja Daudi Cwa II (1897-1939) dan Puan Irene Drusilla Namaganda dari puak Nte.

Baginda dididik di King's College Buddo iaitu salah satu sekolah berprestij dalam jajahan Uganda; beliau meenruskan pengajian di Magdalene College, Cambridge, England. Di sana, beliau menyertai Kor Pegawai Latihan Universiti tersebut (University Officer Training Corps) dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai kapten dalam Grenadier Guards.[1]

Pemerintahan sunting

Beliau ditabalkan sebagai raja atau "Kabaka" Buganda setelah kemangkatan ayahandanya pada usia 15 tahun di luar Lubiri Mmengo tanggal 26 November 1939. Kerajaan baginda dipangku suatu Majlis Raja (Council of Regents) sehingga beliau cukup umur untuk memerintah.[2] Mutesa dimahkotakan di Buddo ketika berusi 18 tahun pada 19 November 1942.

Kematian sunting

Mutesa meninggal akibat keracunan alkohol di kediaman beralamat No. 28 Orchard House, Rotherhithe, London pada tahun 1969.[3] Polis Britain melihat insiden tersebut sebagai suatu kasus pembunuhan diri, namun ada yang menyatakan Mutesa dipaksa minum vodka oleh ejen dalam rejim Obote, teori kedua ini lagi dikukuhkan berikutan bukti beliau dalam keadaan sihat sebelum kematiannya menurut John Simpson, wartawan BBC yang menemubualnya. Mayatbeliau dikembalikan ke Uganda tahun 1971 setelah pemerintahan Obote digulingkan serta dimakamkan di Makam Kasubi Nabulagala, Kampala.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Boddy-Evans, Alistair. "Edward Frederick Mutesa II: First President of Uganda". About.com – African History. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-10. Dicapai pada 6 Oktober 2014.
  2. ^ "The Early Life of Edward Frederick Walugembe Muteesa II". Royalark.net. Dicapai pada 6 October 2014.
  3. ^ "Mutesa II". Oxford DNB. Dicapai pada 24 December 2013.
  4. ^ "Sir Edward Muteesa II Is Buried At Kasubi". Buganda.com. Dicapai pada 6 October 2014.

Pautan luar sunting