Muzik FM (dahulu dikenali sebagai FM Stereo) merupakan salah satu stesen radio muzik yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia dilancarkan pada 1 April 2005 sempena ulang tahun ke-59 RTM dan berada di frekuensi Lembah Klang. Namun, frekuensi itu diambil alih oleh Nasional FM pada 1 Januari 2012 dan Muzik FM bersiaran di Internet Sahaja sehingga kini.

Muzik FM
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia
SloganStesen Muzik Anda
Frekuensi95.3 FM (Lembah Klang)
(Diambil alih oleh Nasional FM)
Tarikh siaran pertama
  • 1 April 2005; 19 tahun yang lalu (2005-04-01) sebagai FM
  • 2 Mac 2024; 46 hari yang lalu (2024-03-02) sebagai Radio Internet
FormatEasy listening
Tarikh siaran terakhir
  • 1 Januari 2012; 12 tahun yang lalu (2012-01-01) sebagai FM
  • 1 Ogos 2017; 6 tahun yang lalu (2017-08-01) sebagai Radio Internet
BahasaMelayu
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembarRadio Klasik
Nasional FM
TraXX FM
Ai FM
Minnal FM
Asyik FM
Siaran webMuzik FM RTM
Tapak web

Sejarah sunting

Latar belakang sunting

Pada tahun 1975, seawal penubuhan Muzik FM yang dikenali dengan nama FM Stereo. FM Stereo merupakan stesen radio pertama di Malaysia yang memberi perkhidmatan siaran dalam bentuk stereofonik. Pada 1989 FM Stereo namanya ditukarkan ke Radio 2, dan telah menjadi stesen yang begitu kuat pengaruhnya dengan jumlah pendengar yang ramai, melebihi 3 juta. Seterusnya pada 2 Ogos 1994 sekali lagi stesen ini melakar sejarah dengan pertukaran nama menjadi Radio Muzik. Radio Muzik bersiaran 24 jam sehari dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 1 April 2005, sejarah indah terlakar apabila nama Radio Muzik ditukar kepada Muzik FM sempena penjenamaan semula radio RTM.

Pada 1 Januari 2012, Klasik Nasional telah dipisahkan kepada dua stesen radio asal yang sedia ada di RTM iaitu Nasional FM dan Klasik FM dan Nasional FM telah rasmi yang menggunakan frekuensi Muzik FM dan Klasik Nasional menjadi Radio Klasik. Pada masa itu, Muzik FM telah bersiaran menerusi internet dan bergabung dengan Muzik Aktif pada tahun 2013 di bawah penjenamaan Galaksi Muzik RTM sebelum pemberhentiannya pada akhir 2017.

Muzik FM akan kembali menyiarkan semula dengan siaran percubaan pada 25 Januari 2024 dan disiarkan secara rasmi dengan penyampai radio menerusi internet pada 2 Mac 2024. Di sebalik langkah ini, saluran radio kerajaan berbahasa Melayu yang sedia ada di RTM iaitu Nasional FM dan Radio Klasik akan diteruskan.

Jika RTM tidak memutuskan untuk menggabungkan semula Nasional FM dan Radio Klasik, kemudian mengekalkan barisan semasa, Muzik FM akan menjadi stesen radio digital sahaja. Apabila ia datang kepada stesen radio digital sahaja :

Stesen Bahasa Catatan
Muzik FM Melayu Stesen radio muzik secara dalam talian berbahasa Melayu.
Nasional FM Melayu Stesen radio umum berbahasa Melayu.
Radio Klasik Melayu Stesen radio muzik klasik dan retro berbahasa Melayu.

Penyampai sunting

Penyampai Harian sunting

  • Aliff Alfaraby
  • Aira
  • Azwan

Bekas penyampai sunting