Muzium Jerman (Muzium Deutsches) terletak di Munich, Jerman, adalah sebuah muzium sains dan teknologi yangterbesar di dunia[1], dengan kira-kira 1.5 juta pelawat melawatnya setiap tahun. Ia juga mempamerkan kira-kira 28,000 objek pameran dari 50 bidang sains dan teknologi. Muzium ini ditubuhkan pada 28 Jun, 1903, pada satu mesyuarat Persatuan Jurutera Jerman (VDI) sebagai satu inisiatif oleh Oskar von Miller. Nama penuh muzium ini di dalam adalah Muzium Jerman bagi Karya Sains dan Teknologi (bahasa Jerman: Deutsches Museum von Meisterwerken der Naturwissenschaft und Technik).

Muzium Jerman

Rujukan sunting

Notes

Koordinat: 48°07′48″N 11°35′0″E / 48.13000°N 11.58333°E / 48.13000; 11.58333

Pautan luar sunting