MY (dahulu dikenali sebagai My FM)[1] merupakan stesen berbahasa Cina di Malaysia yang mula bersiaran pada 1 Ogos 1998. Ia adalah stesen radio ketiga yang berbahasa Cina di Malaysia, dan stesen radio swasta bahasa itu yang kedua, selepas Redi-FM (sekarang 988) memulakan siaran pada Disember tahun sebelumnya, setelah sebelum ini menjadi stesen radio tiga bahasa. Ia menggantikan TalkRadio yang muncul di gelombang FM Malaysia pada bulan Januari 1997 setelah sebelum ini menjadi salah satu saluran bunyi sahaja di Astro.

MY
BandarBukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan penyiaranMalaysia, Singapura dan Brunei
SloganMY, 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!)
Tarikh siaran pertama1 Ogos 1998; 25 tahun yang lalu (1998-08-01)
BahasaBahasa Mandarin (Utama)
Bahasa Kantonis
(Utama)
Pengenal terdahuluMy FM
(1 Ogos 1998 - 31 Disember 2017)
PemilikAstro Radio
(Measat Radio Communications Sdn Bhd)
Saluran kembar
Siaran webaudio1.syok.my/myfm
Tapak webmy.syok.my

Radio edisi tempatan sunting

MY Sarawak sunting

MY Sarawak (dahulu dikenali sebagai MY FM Sarawak) ialah stesen radio swasta berbahasa Mandarin yang telah ditamatkan pada 1 Oktober 2023. Stesen ini bersiaran di Malaysia Timur. Ia diuruskan oleh Astro Radio Sdn. Bhd.

MY Sarawak
 
SARAWAK
BandarKuching, Sarawak, Malaysia
Kawasan penyiaran
SloganMY, 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!)
Tarikh siaran pertama25 Oktober 2010; 13 tahun yang lalu (2010-10-25)
Tarikh siaran terakhir1 Oktober 2023; 5 bulan yang lalu (2023-10-01)
BahasaMandarin
Pengenal terdahulu
  • My FM Sarawak
    (25 Oktober 2010 - 31 Disember 2017)
  • My Sarawak
    (1 Januari 2018 - 30 September 2023)
PemilikAstro Radio
Saluran kembar

MY Sabah sunting

MY Sabah (dahulu dikenali sebagai MY FM Sabah) ialah stesen radio swasta berbahasa Hakka yang telah ditamatkan pada 1 Oktober 2023. Stesen ini bersiaran di Malaysia Timur. Ia diuruskan oleh Astro Radio Sdn. Bhd.

MY Sabah
 
SABAH
BandarKota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Kawasan penyiaran
SloganMY, 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!)
Tarikh siaran pertama1 Disember 2010; 13 tahun yang lalu (2010-12-01)
Tarikh siaran terakhir1 Oktober 2023; 5 bulan yang lalu (2023-10-01)
BahasaHakka
Pengenal terdahulu
  • MY FM Sabah
    (1 Disember 2010 - 31 Disember 2017)
  • MY Sabah
    (1 Januari 2018 - 30 September 2023)
PemilikAstro Radio
Saluran kembar

Sejarah penubuhan MY Sarawak dan MY Sabah sunting

Pada September 2010, MY Sarawak dan MY Sabah telah dilancarkan bersama rakan Melayu dan Inggeris masing-masing Era Sarawak, Era Sabah, Hitz Sarawak dan Hitz Sabah di Malaysia Timur - ketiga-tiga saluran itu mula bersiaran di Kuching pada 25 Oktober tahun itu diikuti Kota Kinabalu pada 1 Disember 2010.[perlu rujukan]

Pada 2 Januari 2018, MY FM Sarawak dan MY FM Sabah telah dijenamakan semula kepada My Sarawak dan My Sabah sebagai langkah oleh Astro Radio untuk menyepadukan berbilang platform melangkaui radio tradisional. Pada masa yang sama, logo baharu turut diperkenalkan dengan penjenamaan semula.[perlu rujukan]

Pada 1 Oktober 2023, Astro Radio telah menghentikan operasinya di Sabah dan Sarawak. Di sebalik langkah ini, siaran radio untuk Era Sarawak dan Era Sabah akan diteruskan seperti biasa namun operasinya akan dipindahkan semula ke Kuala Lumpur bermula 1 Januari 2024.[perlu rujukan]

Selepas 13 tahun bersiaran, MY Sabah dan MY Sarawak akan ditamatkan pada 1 Oktober 2023.[perlu rujukan]

Sejarah sunting

Latar belakang sunting

MY terus mendominasi pasaran pendengar berbangsa Cina sebagai stesen radio berbangsa Cina nombor satu dengan dua juta pendengar setiap minggu pada 2013. Fokus stesen radio ini adalah untuk semua golongan umur, tetapi setelah Astro Radio memperkenalkan radio Melody FM (akhiran FM digugurkan mulai Januari 2018), ia telah bertukar kepada stesen radio untuk pendengar muda. MY kini merupakan salah satu daripada dua radio berbahasa Cina yang dimiliki oleh AMP Radio Networks, setelah Melody FM mula bersiaran pada Ogos 2012. Beberapa penyampai dari stesen radio MY juga berpindah ke radio yang baru ditubuhkan itu.

Dengan perubahan nama kepada MY pada Januari 2018 yang turut menyaksikan perubahan logo dan tumpuan kepada media digital, cogankata baru MY untuk tahun 2018 adalah MY 好玩! (MY, lebih menyeronokkan!)[perlu rujukan]

Pergantian nombor sunting

Pada 1 Jun 1996, MY dapat boleh didengar melalui Astro di saluran 308.

Pada 1 November 1999, MY telah dinomborkan semula dari saluran 308 ke saluran 102.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, MY akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 853.

Frekuensi sunting

Radio sunting

Frekuensi Kawasan Pemancar
101.8 MHz Lembah Klang Gunung Ulu Kali
99.7 MHz Perlis dan Alor Setar, Kedah Gunung Jerai
Pulau Pinang
100.2 MHz Taiping, Perak Bukit Larut
100.6 MHz Ipoh, Perak Gunung Kledang
100.6 MHz Seremban, Negeri Sembilan Gunung Telapak Buruk
106.4 MHz Melaka dan Johor Utara Gunung Ledang
95.4 MHz Johor Bahru, Johor dan Singapura Gunung Pulai
Kota Batam, Kepulauan Riau, Indonesia
100.1 MHz Langkawi, Kedah Gunung Raya
101.1 MHz Kuantan, Pahang Bukit Pelindung
101.2 MHz Kuala Terengganu, Terengganu Bukit Jerung
102.3 MHz Kota Bharu, Kelantan Bukit Panau
96.9 MHz Kuching, Sarawak Bukit Djin
105.9 MHz Sibu, Sarawak Bukit Lima
103.2 MHz Miri, Sarawak Bukit Lambir
104.0 MHz Kota Kinabalu, Sabah Bukit Karatong
100.6 MHz Sandakan, Sabah Bukit Trig

Televisyen sunting

Platform TV Saluran
Astro/NJOI 853

Radio internet sunting

Siarkan dalam talian di laman web dan Aplikasi SYOK

Rujukan sunting

  1. ^ Astro.com.my. "Astro Radio refreshes 11 brands to deliver better value to fans | Press Release | Mediaroom | Astro". www.astro.com.my. Dicapai pada 2018-01-12.

Pautan luar sunting