My Lai adalah kumpulan empat buah pedukuhan kecil dikaitkan dengan perkampungan Song My, Daerah Son Tinh, Vietnam. Perkampungan My Lai 4 (ataupun My Lai IV) merupakan tapak Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai pada 16 Mac 1968. Perkampungan My Lai berdekatan dengan kawasan pendaratan “LZ Pinkville” dan adalah 4 ataupun 5 km di selatan “LZ Uptight”.

Peta My Lai yang digunakan semasa insiden Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai
Rumah terbakar di My Lai, 16 Mac 1968

Song My ([Sơn Mỹ] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah perkumpulan sembilan buah kampung-kampung kecil di Daerah Son Tinh, Wilayah Quang Ngai, Vietnam. Terdapat empat perkampungan di kawasan tersebut yang dipanggil dukuh My Lai, Co Luy, My Khe dan Tu Cung.[1]

Song My, terutamanya My Lai, adalah tapak Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai oleh Tentera Amerika Syarikat pada 16 Mac 1968. Media Vietnam turut merujuk peristiwa ini sebagai "pembunuhan beramai-ramai Song My". Di Tu Cung terdapat tugu peringatan bagi memperingati peristiwa ini.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Oliver, Kendrick, The My Lai Massacre in American History And Memory, 2006, m/s. 192
  2. ^ "Commemorating victims of Son My massacre Diarkibkan 2015-07-02 di Wayback Machine" VOV News, 13 Mac 2012.