NTT Docomo

syarikat Jepun

NTT DoCoMo, Inc. (Jepun: 株式会社エヌ・ティ・ティ・ドコモ, Hepburn: Kabushiki-gaisha Enutiti Dokomo, TYO: 9437 , NYSE: DCM, LSE: NDCM) merupakan syarikat pengendali telekomunikasi selular di Jepun, sekaligus tanda perkhidmatan telekomunikasi selular syarikat tersebut. NTT DoCoMo ialah anak syarikat Nippon Telegraph and Telephone (NTT).

NTT Docomo Inc.
Nama asli株式会社NTTドコモ
Nama rumiKabushiki gaisha Enutiti Dokomo
Jenis/bentuk sahKK awam
Didagangkan sebagaiTYO: 9437
Komponen Nikkei 225
ISINJP3165650007 Sunting ini di Wikidata
IndustriTelekomunikasi
Ditubuhkan14 Ogos 1991; 32 tahun yang lalu (1991-08-14)
Ibu pejabatMenara Taman Sanno
Nagatachō, Chiyoda, Tokyo, Jepun
Tokoh pentingKazuhiro Yoshizawa (CEO)[1]
KeluaranPDC, i-mode, W-CDMA, FOMA, HSDPA, LTE, 5G NR, PHS
Hasil ¥4.240 trilion (2012)[2]
Pendapatan kendalian ¥874.46 bilion (2012)[2]
Pendapatan bersih ¥463.91 bilion (2012)[2]
Jumlah aset ¥6.948 trilion (2012)[2]
Jumlah ekuiti ¥5.062 trilion (2012)[2]
PemilikNippon Telegraph and Telephone Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan22,955 (2011)[2]
Syarikat indukNippon Telegraph and Telephone (66.64%)
Anak syarikatNTT Docomo USA, Docomo Bike Share, Rakuten Anshin Torihiki, NTT Communications Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.nttdocomo.co.jp
Facebook: docomo.official Twitter: docomo Instagram: docomo.official Youtube: UC1MZ9XvYFOU8s9ORxWoZ8Gw Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Bangunan NTT Docomo Yoyogi Building di Shinjuku, Tokyo

NTT DoCoMo merupakan salah satu operator telekomunikasi selular yang utama di Jepun. Terkenal dengan sebutan DoCoMo yang merupakan singkatan "Do Communications Over The Mobile Network (Berhubung Melalui Rangkaian Mudah Alih)". Selain itu, DoCoMo dalam bahasa Jepun bermaksud "di mana-mana pun", dengan maksud telefon bimbit DoCoMo boleh digunakan di mana-mana pun.

Selain sebagai operator telefon bimbit, DoCoMo juga menyediakan perkhidmatan PHS (Personal Handy-phone System (Sistem Telefon Bimbit Peribadi)). perkhidmatan PHS tidak lagi menerima pelanggan baru sejak 30 April 2005, dan dihentikan pada 7 Januari 2008. Pada 31 Ogos 2006, DoCoMo melancarkan HSDPA dalam bentuk perkhidmatan FOMA High Speed.

Dilancarkan pada bulan Ogos 1991, DoCoMo menyediakan perkhidmatan 3G dan 2G yang membolehkan pengguna memuat turun video serta melayari internet dengan kelajuan tinggi.

Pada 29 Julai 2010, DoCoMo mengumumkan perkhidmatan jaringan generasi berikutnya yang berasaskan LTE dan diberi nama Xi™ (dibaca: Crossy). perkhidmatan ini dijadualkan akan dilancarkan pada bulan Disember 2010. Perkhidmatan Xi™ berasaskan LTE ini pada awalnya menawarkan kelajuan paut turun hingga 75 Mbps, 10 kali lebih cepat berbanding jaringan 3G FOMA™ dan 37.5 Mbps di kawasan lain.

Rujukan sunting

  1. ^ "About NTT DOCOMO".
  2. ^ a b c d e f "2010 Form 10-K, NTT DoCoMo". Google Finance.

Pautan luar sunting