NYK Vega ialah sebuah kapal kontena yang dioperasikan oleh Nippon Yusen (NYK) dari Jepun. Dengan kapasiti kargo 9,012 TEU (pengiraan IMO), ia merupakan antara kapal kontena terbesar di dunia. NYK Vega dibina di limbungan Hyundai Heavy Industries pada tahun 2006. Selain antara yang terbesar, ia juga merupakan antara kapal kontena yang tercanggih di dunia.

Sejarah
Flag of Panama
Nama: NYK Vega
Pengguna: Nippon Yusen
Dilancarkan: 2006
Status: Dalam perkhidmatan
Nota:
  • Tanda pengenalan: 3EIJ5
  • Nombor IMO: 9312781
  • MMSI: 372218000
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal kontena
Berat (tan):
Panjang: 338.2 m (1,110 ka)
Lunas: 44 m (144 ka)
Draft: 14.5 m (48 ka)
Jana kuasa:
  • Enjin MAN B&W 12K98MC
  • 87,060 kuasa kuda
Halaju:
  • 25 knot (46 km/j) (maksimum)
  • 24.6 knot (46 km/j) (pelayaran)
Kapasiti:
  • 8,600 TEU(pengiraan syarikat)
  • 9,012 TEU (pengiraan IMO)

Alatan anjungan sunting

Pengemudian dilakukan dengan menggunakan 2 carta elektronik yang mengintegrasikan GPS, dGPS, AIS dan ARPA, yang membolehkan kedudukan kapal diplot dengan ketepatan 100 meter. Sistem komputer NYK Vega juga diguna untuk meningkatkan kecekapan pemunggahan dan pemuatan kontena.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting