Nama pena merujuk kepada nama gelaran yang digunakan oleh seseorang artis yang ingin mengkarya dengan pengenalan tersendiri tidak mahu menggunakan nama asal dalam karya mereka disebabkan oleh alasan tertentu — sama ada tidak ingin dikenali orang ramai, atau takut terancam lazimnya disebabkan ancaman pengganas atau undang-undang tertentu seperti pemenjaraan atau penahanan.

Tujuan sunting

Penyembunyian pengenalan diri sunting

Sebuah nama pena samaran dapat digunakan untuk melindungi huraian penulis untuk buku-buku menyentuh bidang-bidang politik, perisikan atau jenayah. Contohnya:

  • nama "Ibn Warraq* yang telah digunakan oleh para penulis pemberontak Muslim
  • Brian O'Nolan menggunakan nama pena O'Brien Flann dan Myles na gCopaleen untuk menulis di bidang novel dan jurnalistik dari tahun 1940 ke tahun 1960 kerana seorang pegawai negeri pada ketika itu tidak dibolehkan untuk menerbitkan karya tulis di bawah nama mereka sendiri.

Nama kolektif sunting

Beberapa siri cereka dapat diterbitkan di bawah satu nama pena meskipun mungkin ada lebih dari satu penulis yang telah menyumbang kepada siri tersebut. Adakalanya beberapa buah buku atau jilid susulan siri akan ditulis oleh penulis berlainan dengan menggunakan nama yang sama; penulis berikutnya ini merupakan "penulis bayangan" atau "penulis siluman". penggunaan sedemikian ditegah sasterawan kerana kecenderungannya dalam mengaburkan sejarah sastera.

Kadang-kadang beberapa penulis akan menulis buku yang saling terkait di bawah nama samaran yang sama; antara contoh paling tersohor ini ialah nama Nicolas Bourbaki yang digunakan sebagai nama samaran kolektif sekelompok ahli matematik Perancis abad ke-20 dalam penulisan menulis serangkaian buku menerangkan dan mengajar matematik moden pada awal tahun 1935. Buku-buku ini tidak sahaja melazimkan teori himpunan, malah turut menciptakan beberapa terminologi dan konsep-konsep baru dalam bidang tersebut.

Kelaziman di Nusantara sunting

Malaysia sunting

Mahathir Mohamad pernah menggunakan nama pena 'Che Det' ketika menulis tentang kisah-kisah yang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan se-Malaysia.

Indonesia sunting

Di Indonesia, banyak penulis yang menggunakan nama pena dalam menerbitkan tulisan mereka terutamanya pada zaman Orde Baru untuk melindungi diri mereka dari ancaman bahaya politik. Di dunia seni dan sastera, dalam bidang yang berlainan seorang tokoh dapat menggunakan berbagai nama untuk bidang sastera yang berbeda: misalnya nama-nama "Remy Sylado" untuk novel dan "Dova Zila", "Alif Danya Munsyi", "Juliana C. Panda", atau "Jubal Anak Perang Imanuel" untuk bidang lainnya, di mana semuanya adalah nama pena / samaran Yapi Tambayong, penulis dan sastrawan asal Indonesia.

Banyak novel bernuansa erotis yang terbi di negara ini, terutamanya yang beredar di dunia maya, ditulis menggunakan nama pena atau nama samaran untuk melindungi reputasi penulis sebenarnya.