Namat Abdullah

Pemain bola sepak Malaysia

Dato' Namat Abdullah (30 Mac 1946 – 17 Disember 2020) adalah seorang pemain bola sepak Malaysia.[2]

Namat Abdullah
Maklumat peribadi
Nama penuh Namat Abdullah
Tarikh lahir (1946-03-30)30 Mac 1946
Tempat lahir Pulau Pinang, Malaysia
Tarikh kematian 17 Disember 2020(2020-12-17) (umur 74)
Tempat kematian Kemunting, Perak, Malaysia
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya remaja
1964–1966 Penang FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1967–1969 Penang FA ?? (?)
1970–1973 Penjara FC ?? (?)
1974–1977 Penang FA ?? (?)
Pasukan kebangsaan
1967-1975 Malaysia 95 [1] (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Gambaran kerjaya sunting

Beliau dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang.[3]

Namat bermain sebagai penyerang ketika membantu Pulau Pinang memenangi Piala Burnley pada 1965 sebelum bermain sebagai bek kanan.[4]

Beliau telah bermain untuk pasukan kebangsaan negara sebanyak 115 kali.[5]

Dia telah bermain untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik di Munich 1972 dan di perlawanan Kelayakan Piala Dunia 1974.[6][7][8][9] Di Sukan Olimpik Munich beliau mengakui pemain Jerman Barat, Uli Hoeness, adalah pemain lawan yang paling beliau ingati sepanjang temasya tersebut. Pemain tersebut sungguh lincah menyebabkan beliau susah hendak mengawalnya. Namat telah berganding dengan Soh Chin Aun untuk mengawal pertahanan Malaysia.

Pada tahun 1974, beliau telah mengetuai pasukan Pulau Pinang yang memenangi Piala Malaysia.[10] Selain itu, pada 1976, beliau turut membantu Pulau Pinang memenangi kejohanan antarabangsa Piala Emas Aga Khan yang diadakan di Dhaka.[11]

Pada 11 Mei 1975, Namat juga merupakan sebahagian daripada Pilihan Malaysia yang menentang Arsenal FC dalam perlawanan persahabatan yang dimana pasukannya menang 2-0 di Stadium Merdeka.[12]

Kehidupan peribadi sunting

Shaharuddin Abdullah, saudaranya juga bermain untuk Pulau Pinang FA dan Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.[13]

Namat adalah bekas Sub-Inspektor di Jabatan Penjara Malaysia.[14]

Kematian sunting

Allahyarham meninggal dunia di kediaman menantunya di Taiping, Perak, Malaysia pada usia 74 tahun selepas lama bertarung dengan kanser usus pada jam 5.30 petang pada 17 Disember 2020.[15] Jenazahnya dibawa ke kediamannya di Taman Peruda, Sungai Petani pada hari yang sama dan pengebumiannya telah diadakan pada jam 9 malam keesokan harinya pada 18 Disember 2020.[16][17]

Kepujian sunting

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Namat Abdullah - International Appearances - RSSSF.
  2. ^ Malaysia - Munich 1972 - FIFA.com
  3. ^ Namat Abdullah-Worldfootball.net
  4. ^ "Namat Abdullah meninggal dunia" (dalam bahasa Malay). Football Tribe. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 December 2020. Dicapai pada 17 December 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Malaysia NOC mourns Munich Olympics football legend Namat Abdullah". Olympic Council of Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2021. Dicapai pada 18 December 2020.
  6. ^ "August 27 - September 10, Olympic Football Tournament Munich 1972: Malaysia". FIFA.com. Dicapai pada 19 February 2014.
  7. ^ "Jejak Wira Olimpik 1972: Namat sukar kawal Uli Hoeness" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 November 2022. Dicapai pada 29 May 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ Abdullah NAMAT - FIFA.com at Wayback Machine
  9. ^ "Malaysia Famous Players". Malaysiafootball2u. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2021. Dicapai pada 3 August 2016.
  10. ^ Penang was once a feared football force. New Straits Times. Archived from the original on 28 May 2012. Retrieved 27 January 2022.
  11. ^ Aga Khan Gold Cup Diarkibkan 25 Jun 2021 di Wayback Machine
  12. ^ "Retro Bola: Malaysia v Arsenal – Friendly 1975" (dalam bahasa malay). Bazookapenaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2022. Dicapai pada 4 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "Former football ace defender Namat succumbs to cancer". Buletin Mutiara. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2022. Dicapai pada 27 January 2022.
  14. ^ Football legend Namat Abdullah dies - Astro Awani
  15. ^ "Legenda bola sepak Namat Abdullah meninggal dunia" (dalam bahasa Malay). Sinar Harian.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2021. Dicapai pada 17 December 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Perginya seorang legenda bola sepak, Datuk Namat Abdullah" (dalam bahasa Malay). Kosmo.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 December 2020. Dicapai pada 17 December 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ "Football legend Namat Abdullah dies". NST. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 December 2020. Dicapai pada 17 December 2020.
  18. ^ "OLYMPIC COUNCIL OF MALAYSIA/AWARDS/HALL OF FAME: FULL LIST" (dalam bahasa Malay). Olympic Council of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2020. Dicapai pada 5 January 2022.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "From Raja Bola to King James, 'Spiderman' to Safiq - The best Malaysia XI of all time". Goal. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2020. Dicapai pada 30 May 2022.
  20. ^ "IFFHS MEN'S ALL TIME MALAYSIA DREAM TEAM - 123". IFFHS. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2022. Dicapai pada 29 May 2022.

Pautan luar sunting