Nancy Campbell Cartwright (dilahirkan 25 Oktober 1957 in Kettering, Ohio) merupakan pelakon suara Amerika Syarikat yang terkenal dalam merakamkan suara-suara Bart Simpson, Nelson Muntz, Todd Flanders dan Ralph Wiggum untik siri animasi yang popular, The Simpsons.

Nancy Cartwright
Kelahiran
Nancy Campbell Cartwright

(1957-10-25) 25 Oktober 1957 (umur 66)
Ketinggian5'0" (1.52 m)
PasanganWarren Murphy (24 Disember 1988 - 2005)
Anak-anakLucy Mae ( (1991-12-19) 19 Disember 1991 (umur 32)), Jackson Louis ( (1989-09-27) 27 September 1989 (umur 34))

Cartwright dilahirkan di Dayton, Ohio kepada Miriam dan Frank Cartwright.[1] Seorang lulusan daripada Kettering Fairmont High School (Sekolah Tinggi Kettering Fairmont), Cartwright menyertai Ohio University sebelum berpindah ke UCLA di mana beliau memperoleh ijazah dalam bidang teater.[2] Beliau ialah murid Daws Butler (suara kepada Huckleberry Hound, Snagglepuss, Yogi Bear dan banyak lagi)[3] dan dalam autobiografinya, Cartwright menyebut Butler sebagai mentor dan kawannya.[4]

Cartwright berkahwin dengan Warren Murphy pada tahun 1988 dan mereka dikurniakan dua anak sebelum bercerai pada tahun 2005.[1] Beliau menjadi anggota Gereja Scientologi [5] pada tahun 1989 [6] dan mencapai peringkat Clear pada 1 Oktober 1991.[7] Cartwright dianugerahi Anugerah Penaung Agung Scientologi selepas menderma AS$10 juta (hampir dua kali gaji tahunannya) kepada pertubuhan tersebut pada tahun 2007.[8]

Cartwright giat menyokong banyak pertubuhan bukan untung, termasuk Famous Fone Friends, Make-a-Wish Foundation, dan Yayasan The Way to Happiness. Beliau ialah pengasas bersama kepada "Happy House", sebuah pertubuhan bukan untung yang mengkhususkan pembinaan keluarga yang lebih baik, serta juga penyumbang kepada Animation Archive Project (Projek Arkib Animasi) yang dianjurkan oleh ASIFA-Hollywood.[9] Pada bulan September 2007, Cartwright menerima Anugerah Wish Icon daripada Make-a-Wish Foundation kerana "komitmennya yang besar kepada misi Yayasan Make-A-Wish dari Greater Los Angeles."[10]

Cartwright merupakan pemandu kereta stok yang terkenal dan kini sedang berusaha untuk mendapatkan lesen NASCAR.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Nancy Cartwright Biography (1959-)
  2. ^ Terry Gross Interview on "Fresh Air" (Interview confirms transfer to UCLA) (2007-07-26). "Cartwright: It's Bearable Being Bart's Likeness". National Public Radio. Dicapai pada 2007-07-26.
  3. ^ Dinyatakan dalam wawancara Inside the Actors Studio
  4. ^ Cartwright, Nancy (2000). My Life as a 10-year-old Boy. Hyperion. m/s. Page 116. ISBN 0786886005. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ Emma Brockes (2004-08-02). "That's my boy". The Guardian. Dicapai pada 2007-05-14.
  6. ^ "NPR transcript from All things Considered: Scientology". Solitary Trees. 1997-03-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-27. Dicapai pada 2007-05-14.
  7. ^ "Nancy Cartwright in Scientology's Published Service Completion Lists". Dicapai pada 2007-09-17. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  8. ^ Associated Press (January 30, 2008). "Scientologists' big donations". ABC Action News. Scripps TV Station Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-29. Dicapai pada 2008-01-31. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  9. ^ "Nancy Cartwright". FoxFlash. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-12. Dicapai pada 2008-02-22.
  10. ^ "Wish News". Make-a-Wish Foundation. 2007-09-24. Dicapai pada 2008-02-22. Check date values in: |date= (bantuan)
  11. ^ "Bart Simpson Does NASCAR".

Pautan luar sunting