National Geographic (majalah)

National Geographic (dipendekkan kepada NatGeo;[3] dulunya National Geographic Magazine[4]) merupakan majalah dan jurnal rasmi National Geographic Society. Ia diterbitkan buat pertama kalinya di tahun 1888, cuma sembilan bulan selepas penubuhan persatuan itu sendiri. Majalah ini serta-merta dikenali dengan bingkai kuning yang ada di muka depannya.

National Geographic
Kulit Mac 2009 National Geographic
EditorChris Johns
KategoriGeografi, Sains, Sejarah, Alam semula jadi
KekerapanBulanan
Jumlah edaran1.8 juta pembaca Amerika Syarikat[1]
Isu pertamaOktober 1888[2]
SyarikatNational Geographic Society
NegaraAmerika Syarikat
Bertapak diWashington, D.C.
BahasaInggeris
Laman webnationalgeographic.com
ISSN0027-9358

Pada September 2015, hak milik majalah diserahkan National Geographic Society kepada 21st Century Fox melalui pegangan dalam syarikat National Geographic Partners sebanyak 73%[5] dengan bayaran sebanyak USD725 juta. National Geographic Partners diambil alih Syarikat Walt Disney bersama-sama aset 21st Century Fox lain pada Mac 2019[6] sambil penerbitannya diserahkan kepada Disney Publishing Worldwide.[7] Disney mengeluarkan surat pemberhentian kerja kepada 19 orang penyunting tetap termasuk kesemua kakitangan jabatan audionya pada April 2023; ia kemudian memecat semua penulis yang tinggal pada Jun 2023 dan menghentikan semua cetakan dan edarannya pada tahun hadapan.[8][1]

Edisi bahasa sunting

Pada 1995, National Geographic mula diterbitkan dalam bahasa Jepun dan kini, majalah ini sudah wujud dalam 34 bahasa. Edisi bahasa Arab adalah yang terbaru, dilancarkan di Abu Dhabi pada Oktober 2010.

Bahasa Laman web Ketua editor Isu pertama
Inggeris www.nationalgeographic.com/ngm Chris Johns Oktober 1888
Arab ngalarabiya.com Mohammed Al-Hamady Oktober 2010
Bulgaria www.nationalgeographic.bg Krassimir Drumev November 2005
Cina (Tanah Besar China) ngmchina.com.cn Diarkibkan 2012-10-01 di Wayback Machine Ye Nan Julai 2007
Cina (Taiwan) www.ngm.com.tw Roger Pan Januari 2001
Croatia www.nationalgeographic.com.hr Diarkibkan 2003-08-15 di Wayback Machine Hrvoje Prćić November 2003
Czech www.national-geographic.cz Tomáš Tureček Oktober 2002
Danish www.nationalgeographic.dk Diarkibkan 2008-12-16 di Wayback Machine Karen Gunn September 2000
Belanda (di Belanda dan Belgium) www.nationalgeographic.nl Aart Aarsbergen Oktober 2000
Finland www.nationalgeographic-suomi.com Karen Gunn Januari 2001
Perancis www.nationalgeographic.fr François Marot Oktober 1999
Jerman www.nationalgeographic.de Erwin Brunner Oktober 1999
Yunani www.nationalgeographic.gr Diarkibkan 1998-12-01 di Wayback Machine Maria Atmatzidou Oktober 1998
Hungari www.geographic.hu Tamás Schlosser Mac 2003
Ibrani Daphne Raz Jun 1998 (edisi Ibrani Ortodoks: April 2007)
Melayu baku Indonesia www.nationalgeographic.co.id Yunas Santhani Azis Mac 2005
Itali www.nationalgeographic.it Guglielmo Pepe Februari 1998
Jepun www.nationalgeographic.jp Hiroyuki Fujita April 1995
Korea baku Selatan www.nationalgeographic.co.kr Kay Wang Januari 2000
Lithuania www.nationalgeographic.lt Frederikas Jansonas Oktober 2009
Norway www.nationalgeographic.no Diarkibkan 2005-09-13 di Wayback Machine Karen Gunn September 2000
Poland www.nationalgeographic.pl Martyna Wojciechowska Oktober 1999
Portugis baku Brazil nationalgeographic.abril.com.br Diarkibkan 2009-07-07 di Wayback Machine Matthew Shirts Mei 2000
Portugis baku Eropah/Portugal www.nationalgeographic.pt Gonçalo Pereira April 2001
Romania www.national-geographic.ro Cristian Lascu Mei 2003
Rusia www.national-geographic.ru Andrei Doubrovski Oktober 2003
Serbia www.nationalgeographic-srbija.com Diarkibkan 2009-04-22 di Wayback Machine Igor Rill November 2006
Slovene www.nationalgeographic.si Marija Javornik April 2006
Sepanyol baku Amerika Latin www.ngenespanol.com Omar Lopez November 1997
Sepanyol baku Eropah/Sepanyol www.nationalgeographic.com.es Josep Cabello Oktober 1997
Sweden www.nationalgeographic.se Diarkibkan 2008-12-18 di Wayback Machine Karen Gunn September 2000
Thai www.ngthai.com Kowit Phadungruangkij Ogos 2001/2544
Turki www.nationalgeographic.com.tr Nesibe Bat Mei 2001

Anugerah sunting

Pada 1 Mei 2008, National Geographic memenangi tiga anugerah dari National Magazine Awards—sebuah anugerah khusus untuk kandungan bertulisnya—dalam kategori pelaporan untuk rencana karya Peter Hessler berkenaan ekonomi China; anugerah dalam ketegori kewartawanan untuk karya John Stanmeyer berkenaan malaria dalam Dunia Ketiga; dan sebuah anugerah berprestij untuk kecermelangan am.[9]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Roger M. Poole, Explorers House: National Geographic and the World it Made, 2004; cetakan semula, Penguin Press, 2006, ISBN 9780143035930
  • Stephanie L. Hawkins, American Iconographic: "National Geographic," Global Culture, and the Visual Imagination, University of Virginia Press, 2010, ISBN 9780813929668, 264 muka. A scholarly study of the magazine's rise as a cultural institution that uses the letters of its founders and its readers; argues that National Geographic encouraged readers to question Western values and identify with others.

Catatan sunting

  1. ^ a b Farhi, Paul (29 June 2023). "National Geographic lays off its last remaining staff writers". The Washington Post.
  2. ^ National Geographic Fact Sheet
  3. ^ Beatty, Luke (January 2018). "Evolving one of the world's most iconic, recognizable brands: National Geographic". brandfolder.com. Diarkibkan daripada yang asal pada March 15, 2023. Dicapai pada 15 March 2023. Our formal brand name is National Geographic and that is what we use. Of course, we recognize that a lot of our consumers call us "Nat Geo," and that's fine. We use "Nat Geo" primarily in the digital space, where character count is at a premium.
  4. ^ "The National Geographic Magazine". National Geographic Magazine. Jil. 1 no. 1. Washington D.C.: National Geographic Society. October 1888. m/s. Front cover. Dicapai pada 15 March 2023.
  5. ^ Goldman, David (2017-12-14). "Disney buys 21st Century Fox: Who gets what". CNNMoney. Diarkibkan daripada yang asal pada December 14, 2017. Dicapai pada 2017-12-14.
  6. ^ Szalai, Georg; Bond, Paul (March 20, 2019). "Disney Closes $71.3 Billion Fox Deal, Creating Global Content Powerhouse". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada March 20, 2019. Dicapai pada March 20, 2019.
  7. ^ Steinberg, Brian (August 29, 2019). "Disney Layoffs Affect National Geographic". Variety (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 11, 2019. Dicapai pada November 13, 2019.
  8. ^ Clayton, Abené (2023-06-29). "National Geographic reportedly lays off its last staff writers". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2023-07-10.
  9. ^ Pérez-Peña, Richard. "National Geographic Wins 3 Awards, Honored Beyond Photography". The New York Times, 2 Mei 2008. Dicapai pada 8 Januari 2010.

Pautan luar sunting