Nazri Nasir

Pemain bola sepak Singapura

Nazri Nasir (lahir 17 Januari 1971) merupakan bekas pemain bola sepak Singapura. Dia merupakan pasukan kebangsaan Singapura dari tahun 1997 sehingga tahun 2003,[7] dan membantu pasukan itu memenangi kejuaraan Kejohanan Bola Sepak ASEAN 1998. Beliau bermain sebagai pemain tengah bertahan.

Nazri Nasir
Maklumat peribadi
Nama penuh Mohamed Nazri bin Nasir
Tarikh lahir (1971-01-17) 17 Januari 1971 (umur 53)[1]
Tempat lahir Singapura
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah bertahan, Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
LionsXII (Pembantu jurulatih)
Kerjaya remaja
1987 Jurong Town[3]
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1988–1991 Jurong Town[4]
1991–1992 Balestier United[5] 10 (0)
1992–1994 Police SA
1994–1995 Singapore Lions 14 (6)
1996 Sembawang Rangers 24 (1)
1997–2001 Singapore Armed Forces
2002–2008 Tampines Rovers 299 (19)
Pasukan kebangsaan
1990–2004 Singapura 100[6] (12)
Pasukan diurus
2008– Tampines Rovers (Pengurus)
2012–2013 NFA B-15
2014– LionsXII (Pembantu jurulatih)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 July 2004

Kerjaya antarabangsa sunting

Nazri membuat penampilan antarabangsa sulung ketika menentang Malaysia pada 13 September 1990.[6]

Kerjaya jurulatih sunting

Selepas bersara sebagai pemain, Nazri dilantik sebagai pengurus oleh bekas kelabnya Tampines Rovers.[8] Beliau merupakan jurulatih pasukan Akademi Bola Sepak Negara B-15 yang mengambil bahagian dalam Piala Bandar Singa pada tahun 2012 dan 2013.

Pada 16 Disember 2013, beliau telah disahkan sebagai pembantu jurulatih LionsXII.[9]

Kehidupan peribadi sunting

Nazri dilahirkan kepada ayahnya, Nasir Ahmad (d. Disember 1993, berumur 69[10]) dan emaknya, Aisha Abdullah. dia mengkredit ibunya kerana menyokong kerjaya bola sepaknya meskipun dia mengalami asma ketika berumur lapan tahun dan mendapat gred rendah dalam pelajaran.[11] Dia mempunyai enam abang dan empat kakak.[12] Abangnya, Amin, merupakan bekas pertahanan Singapura dan jurulatih semasa Hougang United.[13]

Dia menamatkan pendidikan rendah di Sekolah Rendah Sembawang dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Si Ling. Beliau berkelulusan sijil NTC 2 Gambar Teknis dalam seni bina dari McNair Vocational Institute.[12]

Nazri berkahwin dengan pramugari Sharifah Nur Leila pada 27 November 1994.[14] Anaknya, Adam dan Amer Hakeem, bermain dalam Akademi Bola Sepak Negara sebagai pertahanan.[15][16] Anak perempuannya Alysha dilahirkan pada bulan Oktober 2004.

Dia merupakan penyokong kelab Inggeris Tottenham Hotspur.

Kejayaan sunting

Kelab sunting

Jurong Town

  • Piala Presiden: 1988, 1989

Singapore Lions

Singapore Armed Forces

Tampines Rovers

Antarabangsa sunting

Singapura

Individu sunting

  • Anugerah Liga S People's Choice: 2004

Rujukan sunting

  1. ^ "Nazri Nasir's fact file". The Straits Times. 24 July 1990. m/s. 29.
  2. ^ Darren Lai (24 October 2005). "The most successful player of the decade". Today. m/s. 48.
  3. ^ Hakikat Rai (28 September 1987). "Jurong eager on Suria for League". The Straits Times. m/s. 27.
  4. ^ "Jurong Town Football Club". The Straits Times. 2 January 1988. m/s. 17.
  5. ^ Joe Dorai (1 April 1991). "Balestier secures Nazri's signature". The Straits Times. m/s. 30.
  6. ^ a b "FIFA Century Club fact sheet" (PDF). FIFA. 12 April 2013.
  7. ^ "FAS launches FAS Captains' Advisory Panel". FAS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-08. Dicapai pada 21 March 2014.
  8. ^ "Nazri kicks off new career". Today. 3 January 2008. m/s. 52.
  9. ^ "Nazri Nasir joins LionsXII as assistant coach". LionsXII. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-29. Dicapai pada 6 March 2014.
  10. ^ "Condolences to Nazri, Amin". The Straits Times. 15 December 1993. m/s. 34.
  11. ^ "Nazri leaves a lasting impression". The Straits Times. 7 April 1991. m/s. 28.
  12. ^ a b "Nazri provides 'oomph'". The Straits Times. 27 November 1993. m/s. 8.
  13. ^ "S.League: Beating cancer is his biggest win". The New Paper. 1 March 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-14. Dicapai pada 2014-10-19.
  14. ^ "Nazri meets his match in Sharifah". The Straits Times. 28 November 1994. m/s. 52.
  15. ^ "Dad cracks whip only on field". The Straits Times. 7 June 2013.
  16. ^ "SSS profile: Amer doesn't want to be the new Nazri". The New Paper. 20 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-22. Dicapai pada 2014-10-19.

Pautan luar sunting