Negara dalam negara

Negara [di] dalam negara[1] (state within a state) atau daulah terpendam (daripada Turki: derin devlet melalui bahasa Inggeris: deep state) adalah situasi politik dalam sebuah negara apabila organ internalnya seperti angkatan bersenjata, badan perisikan atau sebarang penguasa awam (termasuk polis, polis rahsia, agensi pentadbiran, dan birokrasi pemerintah) polis diperhatikan tidak mengakui kepemimpinan awam melalui tindakan ia yang tampak tidak seiringan pendirian pemerintahan negara tersebut.

Konsep ini juga merujuk pada syarikat korporat baik yang dimiliki pemerintah atau swasta) yang bertindak secara de facto seumpama memegang kuasa sah pemerintah syarikat swasta, padahal tanpa adanya pengawalseliaan atau kawalan kerajaan.[2]

Peristilahan sunting

Istilah "negara [di] dalam negara" merupakan padanan istilah awal konsep "deep state" ini di alam Melayu di media Indonesia; ia dicipta hasil pinjam terjemah istilah bahasa Yunani κράτος εν κράτει kratos en kratei melalui padanan bahasa Latinnya imperium in imperio[3] atau status in statu.

"Daulah terpendam" merupakan pinjam terjemah rekursif kata bahasa Inggeris "deep state" dicipta penulis dan aktivis Malaysia, Hishamuddin Rais, dalam sebuah artikel nukilannya di laman Malaysiakini bertarikh tahun 2014,[4] di mana "daulah" lebih merujuk kepada suatu "pemusatan kuasa atau kuasa yang dimiliki oleh satu sosok atau satu kumpulan" misalnya seorang raja atau badan pemerintah.

Perkembangan konsep sunting

Pada abad ke-17 dan abad ke-18 perdebatan politik mengenai pemisahan gereja dan negara sering bermain disekitar persepsi apabila jika pihak Gereja dibiarkan tanpa kawalan mungkin berubah menjadi sejenis Kuasa dalam Negara, pencerobohan tidak sah dari kuasa sivil semulajadi Negara.[5]

Dalam bidang sains politik, konsep ini sering dipelajari dalam penulisan umum yang membincangkan mengenai kenegaraan terutamanhya sejak buku Bringing the State Back In (1985)[6] mula diterbitkan sehingga mencetuskan penyelidikan ilmiah yang kekal aktif hingga ke hari ini. Dalam konteks penulisanm tersebut, sesebuah politi negara difahami sebagai" suatu tempat" venueyang menempatkan peraturan dimana orang lain bertindak dan berinteraksi) serta "pelaku" (actor) yang mempunyai agenda sendiri. Hasilnya, konsep kuasa tersembunyi ini sering dinyatakan dalam konteks teori konspirasi bahawa negara bertindak menggerakkan 'negara sebagai pelaku' manakala versi bukan konspirasi akan menjadi versi lain 'negara sebagai tempat.'

Perlakuan asas dari kesusasteraan ilmiah mengenai dua sifat negara adalah 'negara sebagai pelaku' (daulah terpendam) adalah ciri-ciri dari semua negara yang mempunyai kesan baik dan buruk dan tidak boleh dilihat seburuk secara lalai.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Indonesia lebih menulis kata ini sebagai "negara di dalam negara" manakala Malaysia lebih menulis ia sebagai "negara dalam negara".
  2. ^ Daniel De Leon: "Imperium in imperio" in: Daily People, June 4, 1903.
  3. ^ dari Baruch Spinoza: Tractatus Politicus, Caput II, § 6.
  4. ^ Hishamuddin Rais (23 Julai 2014). "Apa itu daulah terpendam?". Malaysiakini. Dicapai pada 25 April 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  5. ^ Cf William Blackstone, Commentaries on the Laws of England, IV, c.4 ss. iii.2, p. *54, where the charge of being imperium in imperio was notably levied against the Church
  6. ^ "Bringing state back - Comparative politics". Cambridge University Press.

Pautan luar sunting