Nickelodeon (panggung filem)

Bangunan panggung wayang nickelodeon ini merupakan binaan dalaman pertama yang dikhususkan kepada penayangan wayang gambar bergerak atau filem.

Filem-filem yang ditayangkan dalam panggung sebegini berdurasi antara sepuluh hingga lima belas minit dengan pelbagai subjek yang dipaparkan seperti pemandangan alam sekitar, drama, komedi, persembahan muzik dan tarian serta pementasan teater. Filem-filem sebegini dikenakan bayaran sebanyak 5 sen Amerika Syarikat (nickel merujuk kepada nama duit syiling ini di negara tersebut) kepada sesiapa yang ingin menontonnya.