Nicolae Timofti (l. 22 Disember 1948) ialah seorang ahli politik dan pakar undang-undang Moldova yang menjadi ketua Majlis Majistret Agung Moldova. Beliau dipilih sebagai Presiden Moldova oleh parlimen pada 16 Mac 2012.[1]

Nicolae Timofti
Presiden Moldova
Elect
Memegang jawatan
Belum diumumkan
Perdana MenteriVlad Filat
MenggantikanMarian Lupu (Pemangku)
Butiran peribadi
Lahir (1948-12-22) 22 Disember 1948 (umur 75)
Ciutuleşti, Kesatuan Soviet
(kini Moldova)
Parti politikBebas
Alma materUniversiti Negara Moldova
Nicolae Timofti

Kerjaya sunting

Timofti tamat pengajian daripada Universiti Negara Moldova pada 1972 dan menghabiskan masa dua tahun dalam Tentera Darat Soviet sebelum memulakan kerjayanya sebagai hakim pada 1976. Pada 2005, Timofti dilantik ke Kamar Kehakiman Tinggi dan, pada 2011, beliau dinamakan pengerusi Majlis Majistret Agung.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Paul Ciocoiu (16 Mac 2012). "Cine e Nicolae Timofti, noul președinte al Republicii Moldova?" (dalam bahasa Romania). EVZ.ro. Dicapai pada 16 Mac 2012.
  2. ^ Profile: Who Is Moldova's New President-Elect? Radio Free Europe/Radio Liberty
Jawatan politik
Didahului oleh
Marian Lupu
Pemangku
Bakal
Presiden Moldova

2012–kini
Pemegang jawatan kini