Nikica Jelavić

Pemain bola sepak

Nikica Jelavić (disebut [nîkitsa jělaʋitɕ]; lahir 27 Ogos 1985) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Hull City dan pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi penyerang.

Nikica Jelavić
Maklumat peribadi
Nama penuh Nikica Jelavić[1]
Tarikh lahir (1985-08-27) 27 Ogos 1985 (umur 38)
Tempat lahir Čapljina, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.87 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Hull City
Nombor 18
Kerjaya remaja
1999–2001 GOŠK Gabela
2001–2002 Neretva
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2007 Hajduk Split 34 (8)
2007–2008 Zulte Waregem 23 (3)
2008–2010 Rapid Wien 71 (27)
2010–2012 Rangers 45 (30)
2012–2014 Everton 59 (16)
2014– Hull City 27 (8)
Pasukan kebangsaan
2002 Croatia B17 2 (0)
2003 Croatia B18 2 (0)
2009–2014 Croatia 36 (6)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:46, 6 Disember 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16:08, 13 Oktober 2014 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Jelavić telah dilahirkan di Čapljina, Republik Sosialis Bosnia and Herzegovina, SFR Yugoslavia dan memulakan kerjaya remajanya ketika menyertai kelab tempatan GOŠK Gabela, yang bermain di sistem liga Bosnia. Kerjayanya menjadi lebih serius apabila beliau berpindah ke kelab Croatia, NK Neretva yang diketuai oleh Branko Gutić.

Hajduk Split sunting

Beliau telah ke kelab remaja Hajduk Split pada usia 15 tahun.

Beliau bermain bola sepak untuk perlawanan pertama bersama pasukan senior Hajduk ketika berusia 17 tahun. Semasa bermain untuk Hajduk, beliau mengalami banyak kecederaan yang menghalangnya untuk membuat lebih banyak penampilan untuk skuad. Selepas beliau pulih dari kecederaan, beliau memasuki pemain regular Hajduk yang beraksi Prva HNL 2006–07. Beliau hanya menjaringkan lima gol dan beliau dijangka akan berpindah ke kelab lain.

Zulte Waregem sunting

Pada Julai 2007, Jelavić mendantangani sebuah kontrak untuk bersama kelab Liga Pro Belgium, Zulte Waregem.[3] Ketika satu musimnya di kelab, beliau menjaringkan tiga gol daripada 23 penampilan.

Rapid Wien sunting

 
Jelavić bersama Rapid Wien.

Pada Julai 2008, Jelavić sertai juara Austria, SK Rapid Wien. Dalam musim 2008–09, beliau bermain sebanyak 24 perlawanan dan menjaringkan 7 gol. Dalam musim 2009–10, beliau bermain sebanyak 33 perlawanan dengan menjaringkna 18 gol sambil menerima lima kad kuning dan satu kad merah. Dalam perlawanan Liga Europa, beliau bermain sebanyak enam perlawanan dan menjaringkan enam gol sambil membuat satu hantaran.

Pada musim panas 2010, Jelavić telah dikaitkan dengan perpindahan ke Rangers. Bayaran pemindahan kemudian dipersetujui kedua-dua kelab ini pada 26 Julai,[4] tetapi pemindahan itu telah ditangguhkan akibat pertikaian antara pemain dan Rapid Wien atas sebab Jelavic mendakwa kelab itu sedang berhutang.[5] Pada 19 Ogos, Rapid mengumumkan bahawa Jelavić telah menandatangani kontrak bersama Rangers, selepas pemain itu tidak bermain untuk Rapid dalam perlawanan kelayakan Liga Europa menentang Aston Villa.[6][7]

Rangers sunting

Pada 20 Ogos 2010, Jelavić melengkapkan perpindahan ke Rangers dengan kontrak selama empat tahun dan bayaran sebanyak 4 juta.[8] Beliau membuat debut untuk Rangers ketika menentang St. Johnstone pada 28 Ogis 2010.[9]

Pada 11 September, Jelavić menjaringkan gol pertamanya untuk Rangers ketika menentang Hamilton Academical selepas beliau menanduk masuk dari hantaran Kyle Lafferty.[10] Pada 21 September, Jelavić bermain menentang Dunfermline Athletic dalam saingan piala liga, dengan menjaringkan dua gol termasuk membuat sepakan gunting ketika Rangers menang besar 7-2.[11] Dalam perlawanan seterusnya menentang Aberdeen, Jelavić menjaringkan gol kemenangan buat Rangers, 3-2. Rangers ketinggalan 2–0 kemudian Rangers bangkit Jelavić menyelamatkan maruah Rangers dengan menjaringkan gol ketiga. Beliau telah tercedera selepas menerima asakan dari pemain Ian Black, lalu Black meminta maaf atas kekasarannya tadi.

Jelavić memulakan perlawananya sejak beliau tercedera pada 26 Januari 2011 menentang Hibernian.[12] Jelavić menjaringkan hatrick pertamanya untuk Rangers ketika menang besar 6–0 ke atas Motherwell pada 12 Februari 2011. Pada 20 Mac 2011, Jelavić menjaringkan gol kemenangan buat Rangers pada masa tambahan ketika menang tipis 2-1 ke atas Celtic dalam perlawanan akhir Piala Liga Scotland 2011.[13] Jelavić menerima anugerah "SFA Goal of the Season" selepas menjaringkan gol cantik ketika menentang Aberdeen.[14] Jelavić menamatkan musim musim 2010–11 dengan menjaringkan 19 gol daripada 27 penampilan, beliau menjadi penyerang terhebat daripada mana-mana penyerang di Scotland.

Pada 22 Julai 2011, sehari sebelum perlawanan pembukaan musim Rangers menentang Heart of Midlothian, Jelavić telah dilaporkan menyarung jersi nombor sembilan untuk musim 2011–12, beliau sebelum ini menyarung jersi nombor 18. Pada 30 Ogos 2011, Rangers telah menolak pembidaan sebanyak £6.5juta dari kelab Football League Championship, Leicester City untuk Jelavić.[15] Jelavić menjaringkan gol pertamanya di pentas Eropah untuk Rangers pada 3 Ogos 2011 ketika seri 1–1 menentang Malmö dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara UEFA.[16] Jelavić kemudian meninggalkan Rangers dengan menjaringkan keseluruhan 36 gol daripada 55 penampilan dalam semua kejohanan.

Everton sunting

Pada 31 Januari 2012, Jelavić menandatangani kontrak emapt tahun setengah bersama Everton dengan bayaran sebanyak £5 juta.[17][18] Beliau membuat debut untuk Everton beberapa hari kemudian, ketika separuh masa kedua, beliau menggantikan Denis Stracqualursi, keputusannya seri 1-1 menentang Wigan Athletic.[19] Pada 10 Mac 2012, Jelavić menjaringkan gol pertamanya untuk Everton, keputusannya Everton menang tipis 1–0 hasil jaringan Jelavić menentang Tottenham Hotspur.[20] Gol pertama Jelavić di Piala FA ketika menentang Sunderland, 2-0 dalam peringkat suku akhir.[21] Jelavić menjaringkan gol pembukaan Everton ketika tewas 2–1 kepada kelab jiran Liverpool, dalam saingan separuh akhir Piala FA.

Jelavić menjaringkan gol sebanyak dua kali ketika seri 4–4 menentang Manchester United, beliau menjadi pemain Everton pertama menjaringkan gol dalam lima perlawanan berturut-turut sejak Duncan McKenzie pada musim 1977–78.[22] Beliau juga menjaringkan dua gol ketika menentang Fulham, beliau menjadi pemain yang paling pantas untuk mencapai 10 gol di Everton sejak Tom Browell pada tahun 1912.[23] Jelavić telah dinamakan sebagai Pemain Bulanan Liga Perdana Inggeris pada bulan April 2012, dan beliau menjadi pemain Croatia pertama menerima anugerah ini.[24] Jelavić menjaringkan gol ke-11 untuk Everton ketika menentang Newcastle United pada hari terakhir musim dan menamatkan musim 2011-12 sebagai penjaring terbanyak Everton di liga dan keseluruhan.[25]

Jelavić memulakan musim 2012–13 dengan menjaringkan gol ketika menentang Aston Villa,[26] Southampton,[27] Wigan Athletic, Sunderland, Tottenham Hotspur dan Cheltenham Town, tetapi aksinya menurun dan Victor Anichebe telah digunakan sebagai penyerang utama Everton bagi separuh kedua musim ini.[28] Dalam musim 2013-14, apabila Romelu Lukaku telah dipinjam ke Everton, Jelavic tidak lagi menjaringkan gol sehingga beliau menjaringkan dua gol ketika menentang Queen Park Rangers pada pusingan ketiga Piala FA.[29] Walaupun pengurus Everton Roberto Martínez enggan untuk menjual pemain Croatia itu, Jelavic mencari perpindahan ke Hull City untuk cuba bermain bola sepak pasukan pertama lebih awal daripada Piala Dunia.[30] Kurang daripada seminggu kemudian, Everton menerima bidaan dari Hull.[31]

Hull City sunting

Musim 2013–14 sunting

Pada 15 Januari 2014, Jelavić menandatangani sebuah kontrak selama tiga tahun setengah bersama Hull City dengan bayaran yang tidak didedahkan.[32] Gol pertamanya ketika Hull menang besar, 4-0 ke atas Cardiff City pada 22 Februari 2014. Beliau menjaringkan gol akhirnya pada musim itu ketika seri 2–2 menentang Fulham pada 26 April 2014. Beliau menghabisan musim pertamanya di Hull dengan menjaringkan 4 gol daripada 14 penampilan untuk Liga Perdana.

Musim 2014–15 sunting

Jelavić yang baru pulang dari aksi Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil akan beraksi bersama rakan rapat, Shane Long. Beliau menjadi pemain gantian dalam 3 perlawanan Hull City di Liga Europa, sekali menentang AS Trenčín dan dua kali menentang KSC Lokeren. Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Jelavić memulakan 5 perlawanan Hull dengan menjaringkan tiga gol, gol tersebut ialah ketika seri 1–1 menentang Stoke City, tewas 2–1 kepada Aston Villa dan seri 2-2 menentang Newcastle United.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 2007, Jelavić telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan untuk kelayakan UEFA Euro 2008, tetapi beliau tidak sebarang perlawanan kelayakan kejohanan itu.[33] Jelavić membuat debut penuh antarabangsanya dalam perlawanan persahabatan menentang Qatar pada 8 Oktober 2009 di Rijeka, beliau menjadi pemain gantian Ivan Klasnić pada minit ke-64 dan beliau juga menjaringkan gol antarabangsanya untuk memberikan kemenangan pada pasukannya, 3-2.[34] Pada 14 Oktober 2009, beliau membuat penampilan antarabangsa pertama bersama Croatia dalam satu kejohanan, di mana pasukannya beraksi di kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Kazakhstan di Astana.[35]

Pada 2010, beliau membuat lima penampilan antarabangsa dan menjaringkan satu gol ketika menentang Slovakia di Bratislava, 1-1.[36]

Jelavić telah terpilih untuk memasuki skuad Croatia di UEFA Euro 2012. Beliau menjaringkan gol antarabangsanya di kejohanan ketika menentang Republik Ireland, Croatia menang 3-1.[37] Beliau juga bermain untuk Croatia ketika menentang Itali dan Sepanyol tetapi tidak menjaringkan gol dan Croatia tersingkir daripada kejohanan itu.[38][39]

Dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 pada 12 Jun menentang tuan rumah Brazil di São Paulo, beliau menerima bola dari Ivica Olić dan beliau menyepak ke arah Marcelo, lalu gol pertama untuk Croatia pada kejohanan itu, Croatia kemudian tewas 3-1.[40]

Pada 11 Oktober 2014, beliau mengumumkan persaraan dari bola sepak antarabangsa.[41]

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 8 Oktober 2009 Stadion Kantrida, Rijeka, Croatia   Qatar 3–2 3–2 Persahabatan
2. 11 Ogos 2010 Štadión Pasienky, Bratislava, Slovakia   Slovakia 1–1 1–1 Persahabatan
3. 10 Jun 2012 Stadium Miejski, Poznań, Poland   Ireland 2–1 3–1 UEFA Euro 2012
4. 7 September 2012 Stadion Maksimir, Zagreb, Croatia   Macedonia Utara 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
5. 6 Februari 2013 Craven Cottage, London, England   Korea Selatan 3–0 4–0 Persahabatan
6. 6 Jun 2014 Arena Fonte Nova, Salvador, Brazil   Australia 1–0 1–0 Persahabatan

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Musim Liga Piala Piala liga Eropah Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Hajduk Split 2002–03 1 0 1 0 0 0 2 0
2003–04 2 0 0 0 0 0 2 0
2004–05 0 0 0 0 0 0 0 0
2005–06 9 3 2 0 0 0 11 3
2006–07 22 5 4 2 26 7
Jumlah 34 8 7 2 0 0 41 10
Zulte Waregem 2007–08 23 3 2 0 25 3
Jumlah 23 3 2 0 25 3
Rapid Wien 2008–09 34 7 3 1 2 0 39 8
2009–10 33 18 3 2 12 9 48 29
2010–11 4 2 0 0 4 4 8 6
Jumlah 71 27 6 3 18 13 95 43
Rangers 2010–11 23 16 1 0 3 3 0 0 27 19
2011–12 22 14 1 1 1 1 4 1 28 17
Jumlah 45 30 2 1 4 4 4 1 55 36
Everton 2011–12 13 9 3 2 0 0 16 11
2012–13 37 7 5 1 1 0 43 8
2013–14 9 0 1 2 0 0 10 2
Jumlah 59 16 9 5 1 0 69 21
Hull City 2013–14 16 4 0 0 0 0 16 4
2014–15 11 4 0 0 0 0 3 0 14 4
Jumlah 27 8 0 0 0 0 3 0 30 8
Jumlah kerjaya 259 92 26 11 5 4 25 14 315 121

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Hajduk Split sunting

Rangers sunting

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ name="Clubs submit retained and released lists">"Clubs submit retained and released lists". Premier League. 7 June 2013. Dicapai pada 24 July 2013.
  2. ^ "Player Profile: Nikica Jelavić". Premier League. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-29. Dicapai pada 2 August 2013.
  3. ^ "Zulte-Waregem attire un international Croate!". FOOTGOAL. 4 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-06. Dicapai pada 2014-12-08.
  4. ^ "Follow the Jelavic road" Diarkibkan 2011-05-18 di Wayback Machine STV Sport, 21 August 2010
  5. ^ "Rangers fury over Rapid Vienna u-turn after agreeing £4m Nikica Jelavic deal" Daily Record. 17 August 2010.
  6. ^ "Rapid kick out Jelavic after ´shock´ statement" Croatian Times, 19 August 2010
  7. ^ "Jelavic set for Gers move" Sky Sports, 19 August 2010
  8. ^ "Rangers sign Rapid Vienna's Nikica Jelavic for £4m". BBC Sport. 20 August 2010.
  9. ^ "Rangers 2–1 St Johnstone". BBC Sport. 28 August 2010.
  10. ^ Campbell, Andy (11 September 2010). "Hamilton 1–2 Rangers". BBC Sport. Dicapai pada 11 September 2010.
  11. ^ "Rangers 7–2 Dunfermline". BBC Sport. 21 September 2010. Dicapai pada 21 September 2010.
  12. ^ "Rangers 2–1 Motherwell". Goal. 30 January 2011.
  13. ^ "Jelavic the hero in extra-time". ESPN Soccernet. 20 March 2011. Dicapai pada 21 March 2011.
  14. ^ "Nikica Jelavic strike is Scotland's goal of season". BBC Sport. 1 May 2011. Dicapai pada 3 May 2011.
  15. ^ "Rangers reject £6.5m Leicester bid for Nikica Jelavic". BBC Sport. 30 August 2011. Dicapai pada 30 August 2011.
  16. ^ "Rangers FC 1–1 Malmo FF". ESPN Soccernet. 1 August 2011.
  17. ^ "Jelavić Signs For Everton". Everton F.C. official website. 31 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-09. Dicapai pada 31 January 2012.
  18. ^ "Rangers Administrators Report" (PDF). Rangers FC. 5 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-04-16. Dicapai pada 5 April 2012.
  19. ^ "Wigan 1–1 Everton". BBC Sport. 4 February 2012. Dicapai pada 4 February 2012.
  20. ^ "Everton 1–0 Tottenham". BBC Sport. 10 March 2012. Dicapai pada 17 March 2012.
  21. ^ Gamecast: Sunderland v Everton – English FA Cup – ESPN FC
  22. ^ "Everton new season preview". The Mirror. 15 August 2012. Dicapai pada 10 January 2013.
  23. ^ "Jelavic Beats Greats To 10". Everton F.C.
  24. ^ "Roberto Martinez and Nikica Jelavic win monthly awards". bbc.co.uk/sport. 4 May 2012. Dicapai pada 4 May 2012.
  25. ^ "First Team Stats 2011–2012". Everton F.C. Dicapai pada 14 May 2012.
  26. ^ "Aston Villa 1–3 Everton" BBC Sport. 25 August 2012. Retrieved 25 August 2012.
  27. ^ Hunter, Andy (29 September 2012). "Everton's Nikica Jelavic completes comeback victory over Southampton". The Guardian. London.
  28. ^ "Ian Snodin: Victor Anichebe can lead the Everton FC line for years". Liverpool Echo. Dicapai pada 29 June 2013. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  29. ^ "Transfer window: Hull plan talks with Nikica Jelavic". BBC Sport. Dicapai pada 11 January 2014.
  30. ^ "Everton 4–0 Queens Park Rangers". Dicapai pada 11 January 2014.
  31. ^ name="Hull"
  32. ^ "Jelavic Signs For The Tigers". Hull City AFC. 15 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-16. Dicapai pada 15 January 2014.
  33. ^ (Inggeris) Profil Nikica Jelavić di National-Football-Teams.com
  34. ^ "Croatia 3–2 Qatar". Croatian Football Federation. 8 October 2009.
  35. ^ "Croatia 2–1 Kazakhstan". Croatian Football Federation. 14 October 2009.
  36. ^ "Croatia 1–1 Slovakia". Croatian Football Federation. 11 August 2010.
  37. ^ "Croatia 3–1 Ireland". ESPN. 10 June 2012.
  38. ^ "Croatia 1–1 Italy". ESPN. 14 June 2012.
  39. ^ "Spain 1–0 Croatia". ESPN. 18 June 2012.
  40. ^ "Brazil 3–1 Croatia". BBC Sport. 12 June 2014. Dicapai pada 12 June 2014.
  41. ^ "Nikica Jelavić retires from international duty". HNS. 11 October 2014. Dicapai pada 11 October 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)

Templat:Skuad Hull City A.F.C.